Berita Auto

Mitsubishi Tawar Bonus Tahun Baru Cina Bernilai Sehingga RM12,000

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan bonus istimewa untuk pelanggannya bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tidak lamma lagi.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Bagi Outlander, pelanggan yang membuat pembelian model SUV itu akan menikmati bonus bernilai RM8,000. Didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan dan pakej penyelenggaraan percuma dua tahun, Outlander dijual pada harga RM137,888 bagi varian 2.0 dan RM152,888 bagi varian 2.4.

Sementara itu, model Triton keluaran 2018 turut ditawarkan dengan bonus bernilai sehingga RM12,000 bagi varian VGT Adventure X, VGT AT Premium dan VGT AT GL. Varian VGT MT ditawarkan dengan bonus RM11,000, manakala varian MT dan Quest masing-masing dengan bonus bernilai RM8,000 dan RM5,000.

Mitsubishi Triton

Bagi Triton baharu pula, ia kini dibuka untuk tempahan dengan 1,000 pelanggan pertama akan membawa pulang bagasi eksklusif Thule Subterra bernilai RM2,000. Bukan itu sahaja, pelanggan yang membuat tempahan dalam talian juga berpeluang untuk memenangi kamera GoPro Hero7 Black.

Selain Outlander dan Triton, ASX turut ditawarkan dengan bonus bernilai sehingga RM8,000. Varian 4WD dijual pada harga RM133,336 manakala 2WD dijual pada harga RM118,866.

Limited Editon ASX Adventure

Akhir sekali, pelanggan sedia ada yang menghantar kenderaan mereka untuk diservis dari 15 Januari hingga 15 Februari 2019 berpeluang untuk memenangi sebuah iPhone XS.

 

 

Previous post

Rolls Royce Jimat Duit?

Next post

Imej Teaser Polestar 2 Disiarkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *