Berita Auto

Perodua Aruz Dibuka Untuk Tempahan – Dari RM72,200 Hingga RM77,200

Kenderaan Sport Utiliti (SUV) tiga-barisan tujuh-tempat duduk, Perodua Aruz, kini dibuka untuk tempahan dengan anggaran harga antara RM72,200 dan RM77,200 (harga atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia).

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Aruz ditawarkan dengan dua varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance, dengan lima warna antaranya Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.

Turut menyumbang kepada penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP bagi model baharu ini adalah ciri-ciri seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula-Daki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara. Semua ciri-ciri tersebut terdapat pada semua varian.

Tambahan lagi, varian Advance menampilkan sistem bantuan pemanduan selamat ASA 2.0 dengan pengesan pejalan kaki sehingga 50 km/j dan kelajuan operasi yang ditingkatkan sehingga 100 km/j untuk Amaran Pra- Pelanggaran dan 80 km/j untuk sistem Brek Pra-Pelanggaran. Ia juga menggabungkan Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (Front Departure Alert) dan Kawalan Kesilapan Menekan Pedal (Pedal Misoperation Control).

Aruz dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.5 liter blok aluminium dengan Dual VVT-i dan transmisi automatik empat kelajuan yang dikawal secara elektronik (E-AT). Ianya digabungkan dengan Sistem Melahu Eko (Eco Idle) untuk memberi kecekapan bahan api sehingga 15.6 km/l dan membolehkan ia diiktiraf oleh kerajaan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Menampilkan lampu depan LED dengan fungsi Follow-Me-Home (lampu auto pada varian Advance), Aruz juga digayakan dengan rim aloi dwi-tona berukuran 17-inci, dengan ketinggian 220 mm dari aras tanah.

Product Info_BM

Klik untuk besarkan

Akses Pintar dengan Butang Mula/Henti Enjin adalah standard untuk semua varian, manakala untuk varian Advance, lampu kabus dan rel bumbung ditambah untuk memberikan lebih gaya kepada varian tersebut.

Bahagian dalaman menyerlahkan lagi fungsi, gaya dan praktikal, di mana model ini turut dilengkapi dengan cangkuk anti-ragut untuk menghalang kecurian dan cangkuk utiliti di bahagian belakang kerusi.

Semua varian dilengkapi radio skrin sesentuh dengan paparan kamera undur, penghawa dingin digital dengan dua tetapan memori, corong penyaman udara untuk penumpang belakang dan alat pembaca kad tol terbina dalam.

Barisan tempat duduk kedua dibahagi 60:40, manakala barisan ketiga 50:50. Kedua-dua barisan tempat duduk ini boleh dilaras, dilipat dan digolek, menghasilkan banyak ruang dan konfigurasi untuk memenuhi setiap acara dan gaya hidup. Terdapat port pengecasan untuk ketiga-tiga barisan tempat duduk.

Bahagian dalaman untuk varian Advance adalah lebih eksklusif dengan kemasan kerusi kulit, stereng yang dibalut kulit dengan kawalan terima panggilan, serta perakam video memandu bersepadu. Varian teratas ini juga dilengkapi dengan HDMI, Smart Link, Bluetooth dan navigasi yang mana ditambah ke dalam sistem skrin sesentuh.

?????????????????

Previous post

25 Kereta Paling 'Cool' Era 70-an

Next post

Bilik Pameran McLaren Baharu Diintai Di Glenmarie

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *