Berita Auto

Perodua Aruz Dilancar Untuk Pasaran Tempatan

Selepas hampir dua minggu dibuka untuk tempahan, SUV kedua Perodua iaitu Aruz dilancarkan secara rasmi hari ini di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Aruz ditawarkan dengan dua pilihan varian sahaja dengan harga anggaran bermula dari RM72,900 bagi varian 1.5 X dan RM77,900 bagi 1.5 AV. Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.

20190115211233_IMG_3366

Kedua-duanya menggunakan enjin yang sama iaitu enjin 1.5-liter Dual VVT-i yang dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan. Dengan kehadiran sistem Eco Idle, Aruz mampu memberi kecekapan bahan api sehingga 15.6 km/l, sekaligus membolehkan ia diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

20190115205453_IMG_3323

Dari aspek kelengkapan, Aruz didatangkan standard dengan lampu utama LED dengan fungsi Follow Me Home (AV mendapat lampu automatik), rim aloi 17 inci, tempat duduk ‘semi bucket’ dengan upholsteri fabrik bagi X dan kulit bagi AV, corong penyaman udara belakang serta stereng boleh laras dengan kawalan audio (tambahan kemasan kulit dan kawalan terima panggilan bagi AV).

20190115210619_IMG_3351

Model ini juga mempunyai akses pintar dengan butang mula/henti enjin, alat pembaca tol seperti yang terdapat pada Myvi, port mengecas untuk semua tempat duduk dan kamera undur. Turut disertakan adalah cangkuk anti-ragut dan cangkuk utiliti pada bahagian belakang kerusi. Varian AV mendapat ciri tambahan dalam bentuk port HDMI dan SmartLink untuk sistem infotainment, serta perakam video digital.

20190115205418_IMG_3320

Barisan tempat duduk kedua dibahagi secara 60:40, manakala barisan ketiga 50:50. Kedua-dua barisan tempat duduk ini boleh dilaras, dilipat dan digolek, menghasilkan banyak ruang dan konfigurasi untuk memenuhi setiap acara dan gaya hidup.

20190115210443_IMG_3347

Untuk keselamatan, model bertaraf 5-bintang ASEAN NCAP ini didatangkan standard dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula-Daki (HSA), cagak ISOFIX pada barisan kedua dan enam beg udara.

20190115211011_IMG_3362

Sebagai varian teratas, varian AV turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan selamat (ASA) versi 2.0 dengan pengesan pejalan kaki sehingga 50 km/j dan kelajuan operasi yang ditingkatkan sehingga 100 km/j untuk Amaran Pra-Pelanggaran dan 80 km/j untuk sistem Brek Pra-Pelanggaran.

 

Previous post

Range Rover Sport SVR ... 4 × 4 Terbaik?

Next post

Subaru WRX STI S209 - Impian Peminat di Amerika Akhirnya Termakbul

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *