Bisnes

Perodua Sasar Peningkatan Jualan Sebanyak 1.7% Tahun Ini

Perodua, yang mencatatkan jualan tertinggi dalam sejarahnya iaitu sebanyak 227,243 unit pada tahun 2018, mensasarkan peningkatan sebanyak 1.7% kepada 231,000 unit menjelang akhir tahun 2019, disokong oleh Myvi dan pengenalan Aruz baru-baru ini.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Myvi merupakan model terlaris Perodua pada tahun tahun lalu dengan 82,122 unit didaftarkan daripada 117,844 tempahan. Dari pelancarannya pada November 2017 sehingga kini, lebih 91,500 Myvi telah didaftarkan daripada 147,000 tempahan. Axia, Bezza dan Alza kekal nombor satu dalam segmen masing-masing dengan 70,821, 49,911 dan 24,389 unit dijual pada 2018.

“Sasaran Perodua untuk meningkatkan jualannya sebanyak 1.7% tahun ini bukan sahaja akan mengukuhkan jenama kami tetapi akan membantu industri automotif Malaysia yang dijangka akan berkembang sedikit tahun ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad kepada para media hari ini di majlis makan tengahari Tahun Baru Cina syarikat itu.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangka peningkatan jumlah industri keseluruhan (TIV) sebanyak 0.21% kepada 600,000 unit tahun ini daripada 598,714 unit tahun lepas.

ATOK0132

Persatuan itu menjelaskan bahawa perkembangan tahun lepas disebabkan cuti cukai (tax holiday) yang berlangsung dari bulan Jun hingga hujung Ogos, dan andainya tiada insentif baharu, pasaran dijangka kekal pada paras ini pada tahun 2019.

“Bagi Perodua, Myvi dijangka terus popular tahun ini, dan sejak kami memulakan tempahan untuk Aruz pada 3hb Januari, kami telah menerima hampir 5,700 tempahan setakat ini. Memandangkan sasaran jualan kami 2,500 unit sebulan, angka ini sangat menggalakkan,” kata Dato’ Zainal.

Perodua juga menjangka untuk meningkatkan pembelian komponennya sebanyak 20% daripada RM5 bilion tahun lepas kepada RM6 bilion tahun ini. Ini adalah selaras dengan permintaan yang dijangkakan pada 2019 dan secara langsung akan memberi manfaat kepada pembekal automotif tempatan.

Perodua-Myvi-2017DSC_5643-620x350

Menurut Dato’ Zainal, 219,000 kenderaan dikeluarkan daripada dua-dua kilang Perodua Manufacturing Sdn Bhd dan Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd pada tahun 2018. Syarikat tersebut mensasarkan peningkatan sebanyak 10.5% kepada 242,000 kenderaan pada tahun ini.

Dari sudut selepas jualan, Perodua memecahkan banyak rekod dalaman dari segi pengambilan servis (2.17 juta pengambilan pada 2018 berbanding 2.1 juta pengambilan pada 2017 – naik 3%) dan jualan alat ganti dan aksesori (RM320.8 juta pada 2018 berbanding RM288.5 juta pada 2017 – naik 11%). Perniagaan Badan & Cat (B&P) dan Kenderaan Pra-Milik (POV) juga menyaksikan perkembangan yang menggalakkan.

Previous post

Dapatkan Pemeriksaan Kenderaan Percuma di Puspakom Sempena Tahun Baru Cina

Next post

Defender Dapat Mod "Spectre" Himalaya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *