Berita Auto

Perodua Terangkan Maksud Nama ‘Aruz’

Semalam, Perodua mula membuka tempahan untuk Aruz, sekaligus mengesahkan nama SUV kedua mereka yang sebelum ini hanya dikenali dengan kod D38L.

Sekali sebut sahaja, anda mungkin sudah dapat mengagak yang nama itu berasal dari perkataan “arus”. Namun, tahukah anda apa rasional di sebalik pemilihan nama itu?

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Menurut Perodua, “arus” juga membawa maksud “aliran” dan ia merujuk kepada pergerakan dinamik yang sentiasa berterusan, sekaligus menunjukkan peningkatan. Justeru, ia simbolik kepada sifat Aruz yang melambangkan anjakan gaya hidup pembelinya.

Pada pendapat penulis, nama yang dipilih ini adalah baik kerana ia ringkas dan mudah disebut (“rolls off the tongue easily”, bak kata mat saleh). Paling penting, ia mempunyai makna tertentu dan bukan sesuatu yang boleh dikatakan sebagai ‘syok sendiri’.

Nama Aruz juga menunjukkan konsistensi Perodua dalam memilih nama yang ringkas untuk model keluarannya. Jika anda perasan, semua nama model semasa Perodua menggunakan hanya empat huruf, kecuali Bezza. Nampak seperti perkara remeh tetapi kadangkala nama yang dipilih boleh mempengaruhi kejayaan sesuatu model itu dalam pasaran.

Previous post

Porsche 718 Cayman GT4 Clubsport Untuk Kaki 'Track Day'

Next post

Toyota Kekal Dengan Kenderaan Hibrid Dan Bukan Elektrik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *