Berita Auto

Porsche Perkenal 911 Cabriolet Baharu

Selepas memperkenalkan 911 generasi baharu (992) di Los Angeles Auto Show pada November tahun lalu, Porsche kini mendedahkan pula versi Cabriolet yang boleh didapati dalam dua varian iaitu Carrera S dengan pacuan roda belakang dan Carrera 4S dengan pacuan semua roda.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin twin-turbo 3.0-liter enam silinder yang menghasilkan 450 PS pada 6,500 rpm dan 530 Nm dari 2,300 hingga 5,000 rpm. Dengan kotak gear automatik lapan kelajuan, Carrera S mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.9 saat (3.7 saat dengan pakej Sport Chrono), dengan kelajuan maksimum mencecah 306 km/j.

Sementara itu, Carrera 4S pula memerlukan 3.8 saat untuk mencapai kelajuan 100 km/j (3.6 saat dengan pakej Sport Chrono) dan boleh memecut sehingga 304 km/j.

2020-porsche-911-cabriolet-4

Menurut Porsche, 911 Cabriolet tampil lebih lebar berbanding model terdahulu dengan rim 20 inci di hadapan dan 21 inci di belakang. Konfigurasi badan lebar yang sebelum ini eksklusif untuk varian pacuan semua roda sahaja kini turut digunakan pada varian pacuan roda belakang.

Model ini didatangkan dengan bumbung ‘soft top’ yang mempunyai struktur magnesium dan tingkap kaca di belakang. Ia boleh dibuka dan ditutup secara automatik dalam masa 12 saat, pada kelajuan sehingga 50 km/j.

2020-porsche-911-cabriolet-3

Dari segi casis, cagak enjin baharu menjadikan model baharu ini lebih keras daripada model sebelum ini. Buat pertama kalinya, 911 Cabriolet boleh didapati dengan Porsche Active Suspension Management (PASM) yang merangkumi gegelung lebih pendek dan anti-roll bar yang lebih tegar, sekaligus menjadikannya 10 mm lebih rendah.

Seperti varian coupe, 911 Cabriolet juga didatangkan dengan Wet Mode secara standard. Sistem ini akan mengesan kehadiran air di atas permukaan jalan dan seterusnya menyiap-sediakan sistem kawalan kenderaan sewajarnya. Kelengkapan lain yang boleh didapati secara pilihan adalah Night Vision Assist dengan kamera thermal dan Adaptive Cruise Control.

2020-porsche-911-cabriolet-2

 

Previous post

Harga, Spesifikasi Harley-Davidson LiveWire Didedahkan

Next post

6 Sebab Mengapa Grab / MyCar / MULA / Dacsee Kurang Pendapatan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *