TIV Untuk Malaysia Meningkat 4% Untuk Tahun 2018
TIV ialah Total Industry Volume – Jumlah Jualan Industri. Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengumumkan bahawa TIV untuk 2018 meningkat 4% berbanding tahun 2017. Jumlah kenderaan yang dijual tahun lepas ialah 576,652 yakni lebih daripada 22,000 unit berbanding tahun sebelumnya.
MAA juga mengambil kesempatan untuk mengkritik MITI kerana menangguhkan keputusan mereka berkaitan dengan insentif. Sebagai hasil langsung, banyak pengeluar tidak dapat menetapkan harga akhir untuk kereta yang baru dilancarkan.
No Comment