Berita Auto

Toyota Mark X GRMN Tampil Dengan Transmisi Manual dan Pacuan Roda Belakang

Selain Supra A90 yang bakal didedahkan secara rasmi tidak lama lagi, Toyota juga mempunyai sesuatu yang lebih praktikal tetapi masih cukup sporty iaitu Mark X GRMN.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Diperkenalkan di Tokyo Auto Salon 2019, Mark X GRMN menawarkan gabungan transmisi manual dan pacuan roda belakang yang sememangnya digemari ramai. Tidak seperti Camry, model ini menggunakan platform yang sama dengan Lexus GS dan Toyota Crown.

Secara visual, model Gazoo Racing Masters of Nurburgring ini tampil lebih agresif dengan kit badan dan rim BBS 19 inci yang dibalut tayar bersaiz 235/40 di hadapan dan 255/35 di belakang. Diffuser serta empat muncung ekzos menunjukkan bahawa ia bukan calang-calang kereta.

2019-toyota-mark-x-grmn-3

Toyota turut menawarkan bumbung gentian karbon yang bukan sahaja mengurangkan berat sebanyak 10 kg, malah dapat merendahkan titik graviti. Suspensi, stereng dan sistem kestabilan kenderaan turut ditala bagi membantu aspek pengendalian.

Selain itu, bahagian kabin tidak kurang menariknya dengan kehadiran tempat duduk bucket dengan sulaman ‘GR’ pada perehat kepala, kemasan gentian karbon serta set pedal aluminium.

2019-toyota-mark-x-grmn-4

Di bawah hud, enjin aspirasi natural 2GR-FSE 3.5-liter V6 menghasilkan 313 hp dan 380 Nm. Jumlah ini mungkin tidak begitu tinggi untuk sebuah kereta sport pada masa kini, namun penggunaan transmisi manual enam kelajuan yang ditugaskan untuk menggerakkan gandar belakang sudah memadai untuk memberikan keterujaan kepada sesiapa sahaja yang memandunya.

Pengeluaran Mark X GRMN akan dihadkan kepada 350 unit sahaja dengan harga bermula dari 5.13 juta yen (RM193,840). Sayangnya, model ini hanyalah untuk pasaran Jepun.

2019-toyota-mark-x-grmn-2

 

Previous post

Audi PB18 e-tron Bakal Masuk Fasa Produksi

Next post

Mercedes Masih No.1 Se Dunia ...... 3 Tahun Berturut Turut

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *