Berita Auto

Volkswagen Tawar Penjimatan Hebat Sempena Tahun Baru Cina

Huruf Cina “Fuu” bermaksud tuah dan sebab itulah ia digantung secara terbalik untuk memberikan tuah yang akan datang melimpah ruah. Sempena Tahun Baru Cina kali ini, Volkswagen akan menawarkan penjimatan hebat dan rebat ke atas semua model sedia ada.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Jadual berikut menunjukkan model dan penjimatan yang dinyatakan, tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada:

capture-20190108-205858

Bagi mereka yang ingin menukar tayar, sila dapatkan tawaran tayar yang bermula serendah RM184 termasuk pemasangan, penjajaran dan imbangan secara percuma, bergantung kepada bilangan tayar yang dibeli.

Untuk memberi ketenangan minda, promosi bateri turut ditawarkan di mana semua pemilik kenderaan Volkswagen boleh mengunjungi pengedar sah dan memeriksa bateri secara percuma. Mereka yang perlu menukar bateri akan menerima diskaun sebanyak 20% untuk bateri baharu yang dijual pada harga bermula RM365 seunit, bergantung kepada model. Tawaran bateri ini bermula dari 15 Januari hingga 28 Februari.

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan pengilang dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Previous post

Faktor Apa Yang Menjejaskan Hayat Bateri EV?

Next post

Kalendar Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas Musim 2019 Diumumkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *