Bisnes

Volvo Jual Lebih Dari 600k Unit Kenderaan Pada 2018

Volvo mencatat rekod jualan global pada 2018 apabila mencapai jualan melebihi 600,000 unit buat pertama kali sejak penubuhannya pada 1927. Jualan syarikat dari Sweden itu naik 12.4% kepada 642,253 unit pada tahun lalu, berbanding 571,577 unit pada tahun sebelumnya. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut Volvo memecahkan rekod jualannya.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Pencapaian tahun lalu menujukkan permintaan yang tinggi terhadap produk Volvo terutama barisan SUVnya di pasaran-pasaran utama iaitu Amerika Syarikat, China dan Eropah. Disember tahun lalu menyaksikan syarikat itu berjaya menjual 60,157 buah kenderaan, naik 2.8% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Bagi tempoh Januari hingga Disember, jualan di AS meningkat sebanyak 20.6% kepada 98,263 unit hasil dari permintaan terhadap XC60 dan model SUV lain yang semakin meningkat. Model sedan S60 yang dikilangkan di negara itu dijangka akan meneruskan trend tersebut pada tahun ini.

Volvo XC60 T6R

Sementara itu, jualan di China meningkat sebanyak 14.1% kepada 130,593 unit dengan XC60 dan S90 versi pemasangan tempatan sebagai dua penyumbang terbesar. Di Eropah pula, kehadiran V60 dan XC40 berjaya meningkatkan jualan sebanyak 6.4% kepada 317,838 unit.

XC60 muncul sebagai model Volvo paling popular tahun lalu dengan jualan mencecah 189,459 unit (naik dari 184,966 unit bagi 2017), diikuti dengan XC90 dengan 94,182 unit (naik dari 87,518 unit) dan V40/V40 Cross Country dengan 77,587 unit (naik dari 95,370 unit). Model SUV kompak iaitu XC40 pula terjual sebanyak 75,828 unit manakala S90 terjual sebanyak 57,142 unit.

 

Previous post

Imej Teaser Polestar 2 Disiarkan

Next post

Penyelidikan Keselamatan Adalah Keutamaan No.1 Volvo

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *