VW & Ford Bina Van & Pikap Trak Bersama
Volkswagen dan Ford baru saja mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama membina pikap trak dan van komersial. Mereka juga mengumumkan usaha sama dengan kenderaan elektrik dan teknologi autonomi. Perkongsian itu tidak akan melibatkan pemilikan silang di mana kedua-dua jenama tidak akan memperoleh kepentingan dalam satu sama lain dan sebaliknya tertumpu kepada mengambil kesempatan daripada kos pembangunan dan pengeluaran bersama.
Di bawah perkongsian itu, Ford akan membekalkan pickup trak VW berdasarkan siri Ranger yang berjaya dan van komersil yang besar berdasarkan Transit Custom. Volkswagen akan membina van kecil seperti dari siri Caddy untuk kedua-dua pengeluar kereta. Ini bermakna VW akan mendapatkan versi sendiri model Ranger global yang baru, serta van komersil yang besar manakala Ford mendapat van kecil dan mungkin semua rangkaian elektrifikasi baru VW.
Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen Herbert Diess dan Ketua Pegawai Eksekutif Ford Jim Hackett berkata dalam satu kenyataan bersama, yang dikeluarkan awal hari ini (Selasa) bahawa kenderaan bersama yang pertama dibangunkan boleh mencecah pasaran seawal tahun 2022 dan perkongsian itu akan menawarkan kecekapan yang bermakna keuntungan yang lebih kukuh bermula 2023.
No Comment