Ya … Memang Ada Ramai Pelanggan Ride Sharing Yang Tak Bayar Tambang … Awas!
Yup. Terdapat ramai pemandu ride sharing yang ditipu oleh pelanggan yang tidak bayar dan hanya keluar kereta dan terus belah. Para pelanggan yang sama terus menggunakan pelbagai aplikasi perkongsian yang tersedia di Malaysia dan hanya belah saja selepas mereka sampai ke destinasi.
Apa yang lebih menggeramkan ialah ada yang akan hantar mesej kepada pemandu mereka dan berjanji untuk bank-in wang yang terhutang.
Nampak gayanya trend ini semakin meningkat dan kita mesti cari cara untuk menghentikan mereka dari menipu pemandu yang berkerja keras untuk memperoleh pendapatan yang halal.
Kami di gohedgostan.com ingin membantu dan berkongsi maklumat ini dengan seberapa ramai yang boleh untuk membantu membanteras gejala ini.
No Comment