Adakah Ini Papan Pemuka Land Rover Defender Baharu?
Land Rover Defender generasi akan datang akan debut pada tahun ini dan ianya sedang menjalani ujian meluas di seluruh dunia dalam iklim dan keadaan yang paling teruk.
Sementara itu, di sini adalah imej alegasi kabin Defender baharu yang muncul dalam talian.
Apa yang kita lihat di sini seolah-olah menjadi kabin prototaip, yang dibangunkan pada peringkat awal.
Papan pemuka baru ini membawa stereng pelbagai fungsi, papan pemuka digital, modul paparan head-up, paparan multimedia di tengah-tengah papan pemuka, dua pengawal udara di atasnya, dan panel yang ruangnya dibahagikan dengan kotak gear automatik dan sistem kawalan iklim atau sistem Terrain Response 2.
No Comment