Berita Auto

Audi SQ5 TDI Baharu Muncul Dengan 700 Nm!

Audi telah memperkenalkan SQ5 TDI baharu yang merupakan varian diesel dalam barisan SUV berprestasi tinggi itu. Model ini akan membuat penampilan sulungnya di Geneva Motor Show 2019 pada bulan Mac ini.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Seperti varian petrol TFSI, SQ5 TDI turut menampilkan enjin berkapasiti 3.0-liter V6, namun jumlah tork yang dihasilkan oleh enjin diesel itu adalah jauh lebih tinggi iaitu 700 Nm berbanding 500 Nm pada TFSI. Jumlah kuasa kuda tidak kurang hebatnya iaitu 347 hp, hanya 7 hp di belakang varian petrol itu.

2019-audi-sq5-tdi-gohedgostan-02

Dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda quattro, jentera ini memerlukan 5.1 saat untuk mencapai kelajuan 100 km/j dan boleh memecut sehingga 250 km/j.

2019-audi-sq5-tdi-gohedgostan-04

Prestasi ini dibantu oleh sistem elektrik 48-volt utama yang merangkumi pemampat elektrik (EPC) dan sistem mild hybrid. Dikatakan sebagai ‘pembantu’ kepada pengecas turbo, EPC menyediakan tork yang tinggi pada julat rpm rendah bagi menghapuskan ‘turbo lag’ sekaligus mempercepatkan pecutan SQ5 TDI.

2019-audi-sq5-tdi-gohedgostan-05

Sistem mild hybrid pula membantu mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 0.7 liter bagi setiap 100 km. Semasa nyahpecutan, sistem ini boleh menyimpan tenaga sehingga 12 kW ke dalam bateri lithium-ion yang terletak di bawah lantai. Ia juga membolehkan SUV ini dipandu tanpa menggunakan kuasa enjin (coasting) selama 40 saat.

2019-audi-sq5-tdi-gohedgostan-03

Dari segi casis, SQ5 TDI dilengkapi dengan suspensi multi-link pada bahagian hadapan dan belakang, serta sistem kawalan peredam. Ini membuatkan ia menjadi 30 mm lebih rendah berbanding Q5 biasa. Untuk pengendalian lebih mantap, ia juga boleh didapati dengan sistem stereng dinamik dan suspensi udara yang ditawarkan secara pilihan.

 

 

 

Previous post

Pusat 3S Mitsubishi Dibuka di Cheras

Next post

CUPRA Formentor Dipersembahkan Sebelum Geneva Motor Show

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *