Bantuan Trade-In RM5000 Subaru Untuk SUV Forester
Ya, ini adalah tawaran istimewa untuk masa yang terhad sahaja. Motor Image yang merupakan penjaga jenama Subaru di Malaysia menawarkan bantuan trande-in RM5,000 untuk SUV Subaru Forester yang baharu bernilai RM121,288 yang dilengkapi dengan teknologi All Wheel Drive.
Kebanyakan kenderaan AWD memang baik untuk jalan jalan licin, tetapi tidak bertujuan untuk dipandu off road.
Walau bagaimanapun, kenderaan AWD tertentu seperti Subaru Forester menawarkan tetapan AWD gear rendah yang sesuai untuk jalan-jalan yang sukar.
Umumnya, AWD tidak menambah berat badan kereta dan ianya hebat untuk semua keadaan cuaca seperti yang kita alami pada minggu lepas di Lembah Klang.
Ciri-ciri Subaru Forester:
- X-Mode – Untuk kawalan dioptimumkan enjin.
- Pemanduan All-Wheel Drive Symmetrical (S-AWD) dan brek untuk panduan lebih selamat di hampir kesemua jenis jalanan.
- Suspensi yang dipertingkatkan untuk keselesaan dan prestasi pengendalian maksimum.
- Ciri keselamatan tambahan seperti Lampu Responsif Stereng
- Ciri luaran yang dipertingkatkan.
- Gril, lampu belakang dan rim baharu.
- Ciri-ciri dalaman yang ditambah baik.
- Reka bentuk kabin yang disegarkan, unit depan premium dan paparan Cluster LCD.
Enjin 2.0L, 4-Cylinder, 16-Valve, FB20 Boxer menghasilakn 150PS pada 6,200 rpm.
No Comment