Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Berapa Kos Tukar Bateri Audi A6 Hybrid?

Masih ingat pada Audi A6 Hybrid? Ia dilancarkan di Malaysia pada tahun 2013 dan kehadirannya pada masa itu mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan disebabkan oleh harganya yang ‘istimewa’. Sedan hibrid 2.0-liter yang diimport sepenuhnya ini dijual pada harga RM288,000 pada masa itu. Ya, ia juga sedan hibrid mewah pertama yang mendapat pengecualian cukai ec0 daripada kerajaan. Apakah sebabnya? Mudah sahaja.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Tidak seperti model hibrid mewah lain yang dijual pada masa itu, A6 Hybrid menggunakan enjin petrol berkapasiti 1,984 cc yang melayakkannya untuk menerima pelepasan cukai bagi kereta hibrid. Model sedan keluaran BMW. Mercedes-Benz, Infiniti dan Lexus mempunyai enjin lebih besar jadi mereka tidak dapat menikmati pelepasan cukai tersebut. Apa yang mereka dapat adalah insentif cukai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Audi-A6_Hybrid-2012-gohedgostan-3

Ketika itu, BMW dan Mercedes-Benz mempunyai model 5 Series dan E-Class versi hibrid yang dikenali sebagai ActiveHybrid 5 dan E300 BlueTEC Hybrid, namun kedua-duanya mempunyai enjin dengan kapasiti melebihi 2,000 cc.

Audi-A6_Hybrid-2012-gohedgostan-2

Kira-kira 2,000 pembeli bertuah berjaya mendapatkan A6 Hybrid dan kini selepas enam tahun pemilikan, ada segelintir pemilik yang mula bimbang tentang pek bateri hibrid mereka. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah A6 Hybrid mempunyai tiga bateri iaitu bateri standard pada bahagian ruang enjin, sebuah bateri kecil untuk menyimpan tenaga bagi converter AC/DC dan bateri hibrid yang terletak di bawah lantai boot.

Audi-A6_Hybrid-2012-gohedgostan-4

Setakat ini, Euromobil (pengedar kenderaan Audi di Malaysia) belum pernah perlu menukar satu pun sistem bateri lithium-ion pada A6 Hybrid. Namun terdapat beberapa tuntutan jaminan untuk converter AC/DC dan juga sistem penghawa dingin yang agak mahal.

Audi-A6_Hybrid-2012-gohedgostan-5

Harga runcit yang disyorkan bagi sistem bateri lithium-ion adalah RM108,000 manakala converter AC/DC pula berharga RM90,000. Audi AG kini sedang bekerjasama dengan Euromobil untuk menawarkan harga yang lebih baik kepada semua pemilik A6 Hybrid dengan syarat mereka menghantar kereta mereka ke pusat servis Euromobil. Diskaun yang ditawarkan bergantung pada usia dan penggunaan namun menurut sumber kami, ia mungkin antara 50 hingga 60 peratus.

Spesifikasi Audi A6 Hybrid 2013

Enjin: Turbo empat silinder

Kapasiti: 1,984 cc

Transmisi: Tiptronic lapan kelajuan

Kuasa: 211 bhp @ 4,300 – 6,500 rpm

Max torque: 350 Nm @ 1,500 – 4,200 rpm

Kelajuan: 240 km/j

0-100 km/j: 7.5 saat

Harga jualan: RM288,000 (baru), RM65,000 – RM120,000 (terpakai)

Previous post

Volkswagen Touareg V8 TDI Diperkenalkan

Next post

Ducati Buka Pusat Latihan Canggih di Rayong, Thailand

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *