Pandu UjiTrak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Ford Ranger Raptor Lain Dari Yang Lain

Tak payah di pandu! Penamiplannya saja kita dah tahu bahawa yang ini adalah istimewa. Lain dari yang lain.

Ranger Raptor 6

Sudah lama ramai diantara kita yang mimpi-mimpikan kekandanya Ford F-150 Raptor tetapi kita tahu yang ianya akan hanya tinggal impian bukan saja kerana saiz enjinnya tetapi saiz fizikalnya yang tidak munasabah untuk jalan jalan Malaysia. Ford F-150 Raptor ialah sebuah lori sebenarnya.Ranger Raptor 4

Itu dulu, sekarang, terimakasih kepada Ford, siri Ranger yang popular dan sesuai dikalangan kami di Asia telah di beri suntikan DNA Raptor. Sekarang kita ada Ford Ranger Raptor.Ranger Raptor 13

Saya bernasib baik telah diberi peluang memandu ujinya untuk beberapa hari dan saya terus jatuh cinta dengannya.Ranger Raptor 19

Saya tidak pergi jauh. Tak payah. Belakang rumah saya saja. Ada bukit yang saya tidak berani naik. Walaupun banyak pikap lain yang saya pandu uji saya tak pernah berani naik bukit itu tetapi dengan Ford Ranger Raptor ini, ianya memberikan saya keyakinan yang berlipat ganda dan berpusu-pusu. Tak terfikir dua kali. Main redah saja dan tetiba saja saya dah sampai ke kemuncak. Macam kucing dikejar anjing. Buat seketika, ada terlintas dihati … macam mana nak turun ni??? Tetapi sekejap jer. Bila saya keluar dari Ford Ranger Raptor itu untuk menghidu udara tinggi yang segar dan nyaman, saya diperingatkan yang saya memandu sebuah pikap yang bukan sebarang pikap, bukan calang-calang pikap tetapi Raja pikap di Malaysia … keyakinan saya kembali dan saya turn bukit itu macam turun gelonsor kanak-kanak di taman pemainan. No sweat. Syiok lagi. Saya naik turun dua tiga kali.Ranger Raptor 21

Kerana hormat saya kepada Ford Malaysia saya tidak membawa Ford Ranger Raptor ini luar jalan (off-road). Takut kotor. Takut masuk lumpur. Nanti kesian kena cuci teruk sebab saya tahu bila selut masuk bawah kereta ianya tidak boleh di cuci 100%. Ford Ranger Raptor yang ini kilat gila. Atas bawah. Er … sebenarnya … mereka dah pesan … jangan off-road masuk selut ya bang!Ranger Raptor 36

Kalau saya ada duit saya beli.  Tetapi harganya RM199,888. Harganya MAHAL giler. Ya. Tetapi, sebenarnya,  itu sama untuk semua kereta di Malaysia kan? Harga kereta di Malaysia memang terlalu mahal. Tapi itu cerita lain. Jadi, kalau kita bandingkan harganya dengan trend harga untuk semua kenderaan di Malaysia, saya rasa ianya … ya … Berbaloi! Sebab penampilannya, kualiti binanya, enjinnya dan powernya … MANTAP sekali. Kalau ikutkan casis dan suspensinya saja … sudah berbaloi. Lain dari yang lain.Ranger Raptor 51

Saya memang dari dulu lagi heran macam mana harga pikap di Malaysia murah berbanding kenderaan lain seperti kereta sedan, mpv dan suv. Kalau di bandingkan kati dengan kati. Pikap ni lebih, berbanding dengan kenderaan yang lain tetapi harganya tebalik kot. Besi lebih, saiz badan lebih, saiz tayar lebih, tinggi, panjang, lebar lebih. Harga? Best!Ranger Raptor 47

Saya tak beli dulu sebab saya darah muda lagi. Ketika itu saya utamakan kuasa kuda, tork dan pengendalian. Satu kenderaan cukup untuk saya. Tak masuk akal kalau ada dua. Ambik loan 9 tahun dan tak habis-habis lagi. Itu pun nasib baik ada hot-hatch yang mampu milik. Dan … saya sudah lari topik.Ranger Raptor 60

Topik hari ini … Ford Ranger Raptor Lain Dari Yang Lain. Antara ciri-ciri di Ford Ranger Raptor yang … lain dari yang lain:

Fox Racing Shox Dampers

Ranger Raptor 27Ranger Raptor 26Ranger Raptor 2

Fender Kembang, Fender Depan & Peti Memanjang.Ranger Raptor 3

Gril Blok FORD

Ranger Raptor 7

Pemijak Tepi high-strength aluminium alloy die-castRanger Raptor 8Ranger Raptor 18

Tayar aloi dengan 285/70 R17 A / T BFGoodrich.Ranger Raptor 16Ranger Raptor 24

Stereng, Gear Knob & Trim Pintu kulit.Ranger Raptor 44Ranger Raptor 43Ranger Raptor 31Ranger Raptor 63

Paddle Shifters

Ranger Raptor 41

Konsol sejuk

Ranger Raptor 64Ranger Raptor 65

Outlet 230V AC (150W)Ranger Raptor 58Ranger Raptor 59

Kerusi Sukan Kulit Alcantara dengan Bolsters BesarRanger Raptor 57Ranger Raptor 56Ranger Raptor 37Ranger Raptor 39Ranger Raptor 3Ranger Raptor 30

Pembatalan Bunyi Aktif – Kabin senyap giler sampaikan kena pakai pembesar suara untuk bunyi enjin.Ranger Raptor 68

Ciri- ciri lain untuk RM199,888 anda:

Spesifikasi

Keselamatan & Sekuriti

  • Sistem Brek Antilock
  • 6 Beg Udara (Dua Depan, Tepi & Langsir)
  • Electronic Brake Force Distribution
  • Peringatan Tali keledar – Pemandu & Penumpang Depan
  • ESC dengan Kawalan Traksi
  • Kamera Belakang
  • Bantuan Brek Kecemasan
  • e-Locking Rear Differential
  • Rollover Mitigation
  • Kunci Tailgate
  • Kawalan Ayun Trailer
  • Sistem Penggera Pencuri Volumetrik
  • Hill Descent Control
  • Immobilizer
  • Hill Launch Assist
  • Dual Front & Rear Recovery Hooks
  • Sensor Pakir Belakang
  • Sistem Pengurusan Terrain 4WD
  • MyKey
  • ISOFIX
  • Brek cakera hadapan & belakang

Luar

  • Lampu Besar Projektor HID automatik
  • Lantai
  • Level Lampu Manual
  • Soket 12V (Lantai kargo)
  • Lampu siang LED
  • Tailgate Senang Buka
  • Lampu Kabus – Depan LED & Belakang
  • Lampu Kargo LED
  • Wiper – Sensing Hujan
  • Kuasa laras, Cermin tepi lipat dengan lampu puddle & signal pusing
  • Perlindungan Underbody Bash Plate

Dalam

  • EATC Dua Zon
  • Kerusi Pemandu Laras 8-Way Power
  • Paparan TFT Cluster 4 “
  • Sunvisor – Mirror Illuminated & Slide Rod
  • Keyless Entry with Push-Start Button
  • Cruise Control with Adjustable Speed Limiter
  • Power Window – Pemandu 1-Sentuh Up / Down
  • Soket 12V(depan)
  • Auto Dimming Rear View Mirror
  • Pemandu Steril Kuasa Elektrik (EPAS)
  • SYNC 3, 8 “Touchscreen Display Headunit dengan Bluetooth, Pengiktirafan Suara, Navigasi, 2x USB & 6 Speaker, Apple CarPlay, Sokongan Android Auto & AppLink ™

Warna

Lightning Blue dan Conquer Grey

 

Lagi gambar-gambar Ford Ranger Raptor: Ranger Raptor 72

Ranger Raptor 75 Ranger Raptor 74 Ranger Raptor 73    Ranger Raptor 69  Ranger Raptor 67     Ranger Raptor 52 Ranger Raptor 61 Ranger Raptor 55 Ranger Raptor 54 Ranger Raptor 53     Ranger Raptor 48  Ranger Raptor 46 Ranger Raptor 45Ranger Raptor 49Ranger Raptor 33Ranger Raptor 50Ranger Raptor 66    Ranger Raptor 40  Ranger Raptor 38      Ranger Raptor 32   Ranger Raptor 29Ranger Raptor 35Ranger Raptor 28   Ranger Raptor 25  Ranger Raptor 23 Ranger Raptor 22     Ranger Raptor 70Ranger Raptor 71Ranger Raptor 17  Ranger Raptor 15  Ranger Raptor 11 Ranger Raptor 10 Ranger Raptor 1    Ranger Raptor 5

 

 

 

Previous post

Pandu Perlahan Pun Boleh Membahayakan

Next post

Butiran Kos Penggantian Bateri Hibrid BMW

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *