Geely Mahu Tambahkan Kerjasama Mereka Dengan Daimler
Rabu lalu, Ketua Eksekutif Daimler Dieter Zetsche mengulas bahawa pengeluar kereta mewahnya sedang berbincang dengan Geely dari China mengenai memperluaskan kerjasama mereka. Kenyataan ini datang apabila ahli politik Jerman membuat langkah untuk melindungi industri Jerman daripada saingan asing dengan membeli jenama Jerman untuk melindungi pemilikan asing luar.
Oktober tahun lepas, Geely membeli 9.69% kepentingan dalam Daimler yang mempunyai industri automotif yang pesat membanggun manakala Geely adalah sebuah syarikat yang tidak dikenali di Eropah sebelum itu.
Kini mata automotif global memerhati usaha Geely untuk menjenamakan semula dan memulihkan Proton dan Lotus untuk rantau ASEAN yang merupakan rantau automotif yang paling cepat berkembang di dunia. Apabila orang Eropah menggurangkan pergantungan mereka kepada kereta, negara-negara ASEAN pula menambahkan pembelian mereka setiap tahun.
No Comment