Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Harga Mercedes-Benz E300 BlueTEC Hybrid Terus Susut

Tidak ramai pembeli kereta di Malaysia mampu untuk memiliki sedan Jerman import dek kerana duti import yang tinggi dan kos tambahan yang dikenakan oleh pemegang AP yang mengawal dokumen yang diperlukan untuk mengimport kereta ke Malaysia. Sepatutnya AP dipegang oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan bukannya individu, namun inilah sebahagian daripada politik dalam industri automotif negara ini.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Di sini kami ingin kongsikan harga bagi sebuah model Mercedes-Benz E-Class terpakai keluaran 2015 yang kini dijual pada harga yang sama dengan sebuah sedan Korea atau Jepun baharu. Apa yang kami maksudkan adalah E300 BlueTEC Hybrid, sebuah sedan import sepenuhnya yang didatangkan dengan pelbagai kelengkapan dari kilang. Ia tiba di Malaysia pada masa yang sama ketika insentif cukai diberikan kepada kereta hibrid yang menepati kriteria-kriteria tertentu bagi mendapatkan cukai import yang lebih rendah.

Ketika dilancarkan, model tersebut dijual pada harga RM348,888. Pada ketika itu, varian E200 CKD dijual pada harga RM340,000, BMW 520d pada RM368,888 manakala Audi A6 TFSI (CBU) pula berharga RM388,000.

E300-BTH-Drive-Day-2-10

Jadi anda boleh lihat bahawa E300 BlueTEC Hybrid menawarkan nilai dan harga terhebat dalam segmennya, lebih-lebih lagi ia dilengkapi dengan pelbagai ciri yang hanya boleh didapati pada varian E-Class lebih tinggi. Harga jualan yang menarik ini menjadi kenyataan apabila kerajaan memberikan konsesi cukai kepada Mercedes-Benz Malaysia kerana memperkenalkan sebuah diesel hibrid serta input teknologi di kilang pemasangan kereta mereka di Pekan, Pahang.

Setelah melaburkan berjuta-juta ringgit dalam peralatan, latihan kakitangan serta pembelian pelbagai komponen dari pengeluar bahagian automatif tempatan, Mercedes-Benz Malaysia dapat memindahkan insentif cukai yang diterima kepada pembeli E300 BlueTEC Hybrid.

E300-BTH-Drive-Day-1-3-620x350

‘Nadi’ model tersebut merupakan sebuah sistem diesel elektrik yang menggabungkan enjin diesel 2.1-liter empat silinder dan motor elektrik, masing-masing menjana 500 Nm dan 250 Nm. Apabila kedua-dua ini beroperasi, E300 BlueTEC Hybrid menghasilkan julat tork yang panjang dan rata yang boleh dimanfaatkan ketika memandu di lebuhraya. Di bandar, anda boleh mendengar deruman enjin tetapi anda akan dapat membiasakan diri dengan cepat. Tekan pedal dan anda akan rasa kuasa disalurkan dari gear ke gear tanpa ragu-ragu. Jumlah tork yang tinggi membolehkan sedan ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam kira-kira tujuh saat tanpa anda sedari.

Kini, setelah empat tahun berada di pasaran, E300 BlueTEC Hybrid terpakai dijual pada harga 60 peratus lebih rendah. Lihat sahaja iklan-iklan dalam talian dan anda pasti akan terjumpa unit-unit yang dijual pada harga antara RM140,000 hingga RM150,000. Memang murah, namun kos penggantian bateri yang tidak masuk akal yang tular di media sosial baru-baru ini terbukti menakutkan pembeli.

E300-BTH-Drive-Day-3-5-Best-fuel-consumption-of-the-day-recorded-at-4.0litres-per-100km1

Jadi, jika anda masih berniat untuk memiliki model ini, pastikan pemilik pertama telah membeli jaminan lanjutan bateri selama empat tahun yang ditawarkan oleh Mercedes-Benz Malaysia pada harga RM2,688. Ini bermakna model keluaran 2015 dilindungi waranti sehingga 2023.

Spesifikasi Mercedes-Benz E300 BlueTEC Hybrid

Enjin: 2.1-liter diesel + motor elektrik

Kapasiti: 2,143 cc

Transmisi: 7G-Tronic

Kuasa maksimum: 204 hp @ 4,200 rpm

Tork maksimum: 500 Nm @ 1,600 – 1,800 rpm

0-100 km/j: 7.5 saat

Kelajuan maksimum: 250 km/j

Harga ketika baharu: RM348,888

 

Previous post

Bagaimana Operasi Khas McLaren Membuat 600LT Spider Lebih Istimewa

Next post

10 Kereta Paling Boleh Dipercayai Menurut Consumer Reports

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *