Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Hypercar Hibrid Lamborghini Bakal Diperkenalkan di Frankfurt

Frankfurt Motor Show 2019 yang akan berlangsung pada bulan September nanti bakal menyaksikan kemunculan jentera hibrid Lamborghini yang pertama.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Menurut laporan Motoring dari Australia, model yang dikenali dengan kod nama LB48H itu direka berdasarkan model konsep Terzo Millennio yang diperkenalkan pada akhir tahun 2017.

Ia akan menampilkan gabungan motor elektrik yang memacu roda hadapan dan enjin aspirasi natural 6.5-liter V12 yang ditugaskan untuk menggerakkan roda belakang. Desas desus mengatakan bahawa ia mungkin mempunyai kuasa keseluruhan sebanyak 838 hp.

lamborghini-terzo-millennio-gohedgostan-02

Lamborghini Terzo Millennio

Lamborghini akan menghasilkan hanya 63 unit LB48H bersempena dengan tahun jenama itu diasaskan. Setiap satu dikatakan berharga $2.5 juta dan semuanya telah pun habis ditempah.

Enjin hibrid ini dijangka akan digunakan pada pengganti Aventador, namun model itu dijangka tiba lebih lewat daripada jangkaan.

lamborghini-terzo-millennio-gohedgostan-03

Bercakap kepada Motoring, ketua pegawai komersial Lamborghini, Federico Foschini berkata, “Mungkin ia akan lambat sedikit, kerana kejayaan Aventador masih begitu besar sehingga kita tidak perlu menukar. Sebagai contoh, SVJ telah habis dijual dalam tempoh tiga hingga empat minggu pertama.”

Previous post

Ford Focus ST Hadir Dengan 276 HP

Next post

Toyota Gazoo Racing Festival Kembali ke Pulau Pinang Hujung Minggu Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *