Bisnes

Jualan Volvo Car Malaysia Naik 35 Peratus

Volvo Car Malaysia mencatat pertumbuhan memberangsangkan dengan jualan mencecah 1,384 unit bagi tahun 2018, mewakili peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding 2017 (1,021 unit) dan 45 peratus berbanding 2016 (934 unit).

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Bagi pasaran eksport, syarikat itu menyerahkan 1,889 unit kenderaan merangkumi V40, XC40, S60, V60, XC60 dan XC90 kepada Thailand, Taiwan, Filipina dan Vietnam pada tahun lalu. Ini merupakan hasil dari pelaburan yang dibuat pada kilang pemasangan Volvo bagi menumpang jumlah kenderaan yang lebih tinggi serta plaform baharu seperti Scalable Product Architecture (SPA) dan Modular Compact Architecture (MCA).

Pelan transformasi yang diterajui oleh Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland merupakan strategi serampang tiga mata yang melibatkan pembaikpulihan operasi runcit, titik sentuhan pelanggan dan penawaran produk.

2018-volvo-xc40

Menurut Stegland, perubahan pertama pada operasi runcit boleh dilihat menerusi pelaksanaan Pengalaman Runcit Volvo (VRE) yang merupakan satu standard komprehensif yang merangkumi aspek kritikal pengedar.

Selain itu, Perjanjian Servis Volvo (VSA) turut diperkenalkan pada tahun lalu. Ia merangkumi pakej servis yang meliputi penggantian bahagian-bahagian pakai lusuh (tidak termasuk tayar), di mana pelanggan bebas memilih antara pelan tiga atau lima tahun.

Interior - Sales Reception 1

Bagi 2019, Volvo Car Malaysia merancang untuk menambahbaik pengalaman pelanggan menerusi satu konsep servis baharu yang dikenali sebagai Volvo Personalised Service (VPS). Sistem pengurusan baharu yang direka bagi memastikan ketersediaan alat ganti yang dipanggil Volvo Managed Inventory (VMI) juga akan diperkenalkan pada tahun ini.

Volvo Car Malaysia menjangkakan pertumbuhan dua digit bagi tahun ini, dengan model XC40 baharu dan pembukaan lebih banyak lokasi runcit sebagai dua pemacu utama,

 

 

Previous post

Lada Kembali Dengan Euro 13,803 ‘Sport Vesta’ Ini

Next post

Land Rover Buat U-Turn, Batal Pengeluaran SV Coupe

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *