Berita Auto

Kerajaan Hapus Mekanisma Kutipan Tol Sedia Ada, Perkenal Caj Kesesakan

Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan rasmi mengesahkan bahawa kerajaan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi lebuhraya di mana syarikat itu mempunyai pegangan majoriti.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Lebuhraya yang terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Dengan pengambilalihan ini, kerajaan bercadang untuk menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada. Sebagai ganti, caj kesesakan (congestion charge) akan diperkenalkan di mana pengguna hanya akan dikenakan bayaran yang sama dengan kadar tol sedia untuk waktu puncak selama enam jam sehari.

Sementara itu, kadar tol akan dihapuskan sama sekali pada waktu ‘off-peak’ antara jam 11 malam hingga 5 pagi, bermakna penggunaan lebuhraya adalah percuma pada waktu tersebut.

Selain itu, pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia bagi penggunaan pada waktu biasa.

Menurut kenyataan itu lagi, hasil kutipan caj kesesakan akan digunapakai untuk menampung kos operasi, penyelanggaraan lebuhraya serta bayaran pinjaman.

Lebihan kutipan akan disalurkan kepada satu dana pengangkutan awam yang akan digunakan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam seluruh negara.

Previous post

Gila Dari RAM! Warlock Dengan HEMI 5.7 Liter

Next post

Pandu Perlahan Pun Boleh Membahayakan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *