Kemalangan / Rosak / Curi / Recall

Kini Tular! Gambar Ikon Toyota AE86 Makan Kangkong!

Awal hari ini, editor kami menerima gambar ini melalui media sosial yang menunjukkan Toyota Sprinter Trueno terbabas masuk longkang. Foto itu dihantar tanpa sebarang konteks, tetapi ini mungkin berlaku di Malaysia. Ini berdasarkan plat nombor Land Cruiser Prado di sebelahnya.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Sprinter Trueno ini juga sering dikenali dengan nama nombor sirinya, AE86. Ianya mula-mula kereta biasa yang mesra penala tetapi bertukar menjadi rebutan pengumpul selepas dipopularkan dalam siri katun manga / anime Initial D.

Mengikut carian dalam talian, sesetengah pemilik menilaikan kereta ini pada harga … RM99,000!

Malah ada beberapa yang disenaraikan untuk jualan antarabangsa yang siap tersedia di Pelabuhan Klang seperti yang dibuktikan oleh laman penyenaraian ini.

Harga di sini juga menunjukkan nilai kereta antara AS $ 12,000 – US $ 25,000 bergantung kepada keadaan.

AE86-Trueno-masuk longkang 2

Kereta dalam gambar ini nampak agak teruk. Kerosakan boleh dilihat di sekitar pintu dan A-pillar, dan hujung depannya. Apa agaknya yang akan dilakukan oleh pemilik itu sekarang.

Kami tahu bahawa Allianz Malaysia ada skim penaja jamin untuk beberapa kereta sukan Jepun yang lama, jadi mungkin dia sudah ada perlindungan yang baik.

JIka anda ada maklumat lanjut sila kongsi.

Previous post

Bantuan Trade-In RM5000 Subaru Untuk SUV Forester

Next post

McLaren Tidak Mahu SUV!

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *