Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Kos Menggantikan Bateri Hibrid Volvo

Seperti yang anda mungkin tahu, Volvo XC90 turut ditawarkan dalam versi hibrid plug-in dan ia telah menjadi SUV tujuh tempat duduk premium yang paling laris di Malaysia sejak lima tahun lalu. XC90 T8 Twin Engine mempunyai enjin petrol “B4204T35” yang menjana 235 kW dan 400 Nm dengan bantuan pengecas turbo dan supercharger.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Pada julat rpm rendah, supercharger tersebut mengurangkan kesan turbo lag dengan memberikan boost segera dan pada kelajuan lebih tinggi, kedua-duanya berkerja bersama. Terdapat juga sebuah motor elektrik pada aci engkol yang berfungsi sebagai starter motor dan penjana kuasa elektrik yang akan digunakan untuk mengecas bateri.

Volvo-XC90_T8_Twin_Engine-2016-gohedgostan-3

Motor kedua yang terletak pada gandar belakang pula membolehkan pacuan semua roda (AWD). Ia membekalkan kuasa tambahan sebanyak 65 kW dan 240 Nm, sekaligus menjadikan kuasa keseluruhan 300 kW dan 640 Nm. Dengan kedua-dua motor bekerja serentak, XC90 T8 boleh memecut kepada kelajuan 100 km/j dalam hanya 5.3 saat, setaraf dengan prestasi super sedan. Pemanduan cermat pula memberikan ekonomi bahan api sebanyak 2.1 liter bagi setiap 100 km, setaraf dengan kereta kompak.

Volvo-XC90_T8_Twin_Engine-2016-gohedgostan-1

Dengan bateri yang penuh, XC90 T8 boleh bergerak dengan kuasa elektrik sejauh 40 km. Apabila kuasa bateri habis, mod pengecasan akan diaktifkan manakala enjin akan digunakan untuk memacu kenderaan. Ini adalah satu berita baik untuk pemilik yang bukan sahaja mendapat SUV tujuh tempat duduk yang berkualiti tinggi, malah menjimatkan dan berprestasi tinggi pada masa yang sama.

Volvo-XC90_T8_Twin_Engine-2016-gohedgostan-4

Kini tiba masanya untuk mengetahui berapa kos untuk menggantikan bateri hibrid model ini setelah jaminan lima tahun/100,000 km tamat. (Setakat ini tiada tuntutan dibuat ke atas sistem bateri pada mana-mana model PHEV Volvo di Malaysia).

Volvo-XC90_T8_Twin_Engine-2016-gohedgostan-2

Volvo Cars Malaysia menawarkan penggantian bateri 10.4 kWj pada harga RM45,000 termasuk pemasangan dan jaminan lanjutan. Ia mungkin kedengaran agak mahal bagi kebanyakan orang namun harus diingat bahawa ia sepadan dengan penjimatan bahan api yang telah dinikmati dalam tempoh beberapa tahun pemilikan serta kuasa yang ditawarkan oleh model ini.

Previous post

Pemilik Proton X70 Mulakan Kembara 13,000KM ke Hangzhou

Next post

Zontes Lancar 4 Model Baharu Bagi Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *