Mazda Bakal Tayang SUV Kompak Baharu di Geneva Motor Show
Geneva Motor Show 2019 akan berlangsung dalam masa sebulan sahaja lagi dan seperti tahun-tahun sebelumnya, acara itu akan menyaksikan kemunculan pelbagai model baharu mahupun facelift dari pengeluar-pengeluar terkemuka dunia.
Salah satu model tersebut adalah sebuah SUV kompak Mazda. Identitinya masih belum diketahui, namun ia merupakan model generasi baharu kedua selepas Mazda3 yang diperkenalkan pada akhir tahun lalu.
Melihat kepada imej teaser yang didedahkan, boleh jadi model baharu ini adalah CX-3 atau CX-4. Menurut Mazda, model tersebut menampilkan bahasa reka bentuk Kodo yang lebih matang serta teknologi Skyactiv terkini, termasuk teknologi SPCCI (Spark Plug Controlled Compression Ignition) yang mempunyai kaedah pembakaran yang unik yang menggabungkan prestasienjin petrol dengan tindak balas unggul enjin diesel.
No Comment