Berita Auto

Mercedes-AMG SL63 Talaan G-Power Miliki 789 HP dan 1,100 Nm!

Bagi projek terbarunya, G-Power menggunakan Mercedes-AMG SL63 yang didatangkan dengan enjin 5.5-liter twin-turbo V8 sebagai platform.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Jika dalam versi standard enjin tersebut menghasilkan 577 hp dan 900 Nm, sentuhan ajaib syarikat talaan dari Bavaria itu berjaya membuatkan kuasa melonjak secara signifikan kepada 789 hp dan 1,100 Nm.

g-power-mercedes-benz-sl63-gohedgostan-03

Antara penambahbaikan yang telah dilakukan pada enjin itu adalah penggunaan pengecas turbo lebih besar, sistem ekzos dan downpipe yang direka semula serta perisian V3 yang ditugaskan untuk mengkonfigurasikan enjin dan transmisi. Pelanggan turut mempunyai pilihan untuk membuang pengehad kelajuan maksimum.

g-power-mercedes-benz-sl63-gohedgostan-09

Segala naik taraf yang diberikan ini membolehkan SL63 memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.5 saat, 0.5 saat lebih pantas berbanding versi standard. Tanpa pengehad kelajuan, jentera ini boleh mencapai kelajuan melebihi 340 km/j.

g-power-mercedes-benz-sl63-gohedgostan-02

Dari segi penampilan, model ini tidak memakai sebarang kit badan dari G-Power, sebaliknya hanya menampilkan rim Hurricane RR bersaiz 21 inci yang mempunyai kemasan ‘diamond cut’. Rim ini dipadankan dengan tayar bersaiz 265/30 di depan dan 295/30 di belakang.

g-power-mercedes-benz-sl63-gohedgostan-04

g-power-mercedes-benz-sl63-gohedgostan-05

g-power-mercedes-benz-sl63-gohedgostan-07

g-power-mercedes-benz-sl63-gohedgostan-08

Previous post

Vespa Notte Edition Dilancarkan - Harga dari RM17,700

Next post

Sultan Johor Terima Proton X70 Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *