Berita Auto

Pemilik Proton X70 Mulakan Kembara 13,000KM ke Hangzhou

Seramai sembilan pemilik Proton X70 telah memulakan perjalanan mereka ke empat negara berbeza, merangkumi 13 bandar dan sejauh 13,000km. Destinasi mereka adalah Hangzhou, China, bandar paling padat di Wilayah Zhejiang dan merupakan pusat bandar utama Geely.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Diketuai oleh Pasukan Borneo Automobile Leisure Touring dan Kunming Scenery-Customer International Travel Co. China, aktiviti pemanduan ini turut mendapat sokongan dari Proton yang telah menetapkan hentian di sepanjang laluan mereka di lokasi-lokasi cawangan pengedar dan pusat servis Proton.

Photo 1

Dimulakan dengan sesi pelepasan di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam, perjalanan yang membabitkan 33 peserta ini akan mengambil masa kira-kira 33 hari untuk sampai ke destinasi. Titik separuh perjalanan ini adalah di Hangzhou, di mana peserta berpeluang melawat Pusat Pengalaman Geely dan mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana Geely berubah menjadi salah satu syarikat automotif yang paling berkembang maju serta berpeluang untuk melihat model-model terbaharu Geely.

Photo 2

Bagi Proton, perjalanan ini dilihat sebagai satu peluang untuk mempamerkan X70 kepada pembeli di pasaran luar negara, terutamanya di negara-negara ASEAN, yang merupakan kunci utama bagi percambahan jualan pada masa hadapan. Ia juga akan membuktikan bahawa model SUV ini mampu dipandu dalam pelbagai persekitaran yang berbeza dan keadaan-keadaan jalan raya ketika ia bergerak dari Malaysia ke China.

Group photo between the participants and management of PROTON

Setelah melengkapkan perjalanan mereka ke Hangzhou, peserta akan pulang ke Malaysia melalui laluan yang berbeza, dengan Pusat Kecemerlangan Proton sebagai destinasi terakhir.

Previous post

Pusat 3S Volvo Setia Alam Dibuka

Next post

Kos Menggantikan Bateri Hibrid Volvo

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *