Perodua Sambut Tahun Baru Cina Dengan Pesakit Kanak-kanak Hospital Selayang
Tiada sesiapa yang suka berjauhan daripada keluarga dan kawan-kawan semasa Tahun Baru Cina – lebih-lebih lagi ketika masih kecil. Dengan pemikiran ini, Perodua melawat semula Hospital Selayang untuk membawa kemeriahan Tahun Baru Cina kepada wad pediatriknya.
Pada hari Sabtu yang lalu, 10 sukarelawan Perodua serta maskot UFirst Ari mengedarkan angpow dan hamper yang mengandungi beg tali dan alat tulis kepada kira-kira 80 orang pesakit kanak-kanak, yang kemudiannya menikmati hidangan makan tengah hari yang disediakan dengan gembira.
“Pada Tahun Baru Cina yang lalu, kami telah menyumbang tiga beg ambu (peralatan bantuan pernafasan) dan mengedarkan hamper kepada semua kanak-kanak di wad pediatrik.
“Kami sentiasa berhubung dengan pihak Hospital Selayang untuk mengetahui keperluan serta kehendak mereka – sama seperti yang kita lakukan dengan pelanggan kami yang dihargai,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Kami telah merancangkan banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak, termasuk persembahan boneka dan badut, mewarna dan menyanyi. Para sukarelawan kami juga akan membantu menceriakan ruang bermain kanak-kanak dengan membeli mainan dan buku baharu serta menghias dan membersihkan tempat tersebut,” tambahnya.
Perodua juga menyumbang tiga unit pulse oximeter (peralatan yang menyukat jumlah oksigen di dalam badan) dan enam buah skrin mudah alih, bernilai RM12,000 keseluruhannya, kepada wad pediatrik. Ketua Jurutera Eksekutif Perodua Albert Ngu menyampaikan peralatan itu bagi pihak Perodua kepada Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Selayang Dr Selva Kumar.
No Comment