Berita Auto

Proton Persona Facelift Didedahkan

Proton telah menyiarkan gambar rasmi pertama Proton Persana facelift yang akan dilancarkan pada tahun ini. Persona merupakan model kedua yang dinaik taraf selepas Iriz semenjak menjalinkan kerjasama dengan Geely pada 2017.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Perubahan paling ketara di sini adalah kehadiran jeriji berbentuk ‘ethereal bow’ dengan corak ‘infinite weave’ seperti yang terdapat pada X70. Bampar hadapan turut diberi sentuhan segar menerusi gabungan lampu nyalaan siang LED dan kemasan honeycomb mesh.

Proton Persona Full Dashboard

Bahagian belakang pula menampilkan logo ‘P R O T O N’ pada pintu boot, kemasan bampar dan spoiler yang lebih halus. Lencana ‘Persona’ kini didatangkan dalam bentuk tulisan baharu. Selain itu, model segmen B ini menampilkan rim aluminium baharu bersaiz 15 inci dan antena sirip jerung.

Proton Persona Rear Quarter

Seperti Iriz facelift, Persona mendapat sistem infotainment baharu dengan paparan sentuh yang dibangunkan oleh Proton dan ECARX berserta sistem arahan suara.

Previous post

10 Kereta Paling Kurang Dipercayai Menurut Consumer Reports

Next post

Toyota - Pembuat Kereta Terbesar Tahun 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *