Berita Auto

Pusat 3S Volvo Setia Alam Dibuka

Volvo Car Malaysia dan wakil pengedarnya yang baru dilantik, Motion Beyond telah melancarkan pusat 3S Volvo terbaru di Setia Alam, sekaligus mengukuhkan kehadiran jenama itu di negara ini.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Pembukaan pusat baharu ini juga memperkuatkan komitmen Volvo Car Malaysia ke arah menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggannya.

Volvo Setia Alam 02

“Sejak kami memulakan rancangan transformasi, kami telah melihat respon yang luar biasa daripada pelanggan kami berdasarkan tinjauan yang dijalankan. Sebagai jenama berpusatkan manusia, ini adalah petunjuk penting yang kami menuju ke arah yang betul,” kata Lennart Stegland, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

Volvo Setia Alam 03

Terletak secara strategik di sempadan antara Shah Alam dan Klang, Volvo Setia Alam mematuhi piawaian pameran dan perkhidmatan Volvo yang dikenali sebagai Volvo Retail Experience (VRE). Sementara itu, pusat servis pula menyediakan tiga ruang selenggara.

Volvo Setia Alam 06

“Klang dan Shah Alam adalah perbandaran yang matang dengan potensi pasaran yang hebat untuk jenama kereta mewah. Kami gembira menjadi sebahagian daripada Volvo dan kami yakin model baru Volvo akan menarik minat demografik ini, “kata Joshua Lee, Pengarah Urusan Motion Beyond.

Volvo Setia Alam 07

Bilik pameran Volvo Setia Alam dibuka dari 9 pagi hingga 7 malam dari Isnin hingga Sabtu dan dari 10 pagi hingga 5.30 petang setiap Ahad dan cuti umum. Pusat servis pula dibuka dari Isnin hingga Sabtu dari 9 pagi hingga 5 petang, dan tutup setiap Ahad dan cuti umum.

Previous post

10 Kereta Paling Boleh Dipercayai Menurut Consumer Reports

Next post

Pemilik Proton X70 Mulakan Kembara 13,000KM ke Hangzhou

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *