Berita Auto

Range Rover Velar SVAutobiography Dynamic Edition Diperkenalkan

Berita baik untuk Datuk-Datuk dan Datin-Datin di luar sana yang ingin menambah koleksi kereta mewah mereka. Range Rover Velar kini boleh didapati dalam versi berprestasi tinggi yang dikenali sebagai SVAutobiography Dynamic Edition.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Kenapa ia digelar berprestasi tinggi? Ini kerana tidak seperti varian Velar yang lain, model ini dikuasakan oleh enjin supercharged 5.0-liter V8 yang menjana 542 hp dan 680 Nm. Ia merupakan enjin sama yang terdapat pada Jaguar Project 8, namun dengan kuasa yang sedikit rendah.

Dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan, SUV seberat 2,160 kg ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 274 km/j.

range-rover-velar-svautobiography-dynamic-edition-gohedgostan-02

Untuk menghentikan jentera ini, Land Rover Special Vehicle Operations (SVO) telah menyertakan sistem brek yang terdiri daripada cakera berukuran 395 mm di depan dan 396 mm di belakang. Ini dipadankan dengan angkup empat omboh berwarna merah dan rim 21 inci. Untuk kelihatan lebih ‘blinb bling’, pelanggan boleh memilih rim 22 inci.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan sistem ekzos boleh ubah aktif yang bukan sahaja mampu menghasilkan bunyi yang menggoda, malah 7.1 kg lebih ringan berbanding ekzos standard.

range-rover-velar-svautobiography-dynamic-edition-gohedgostan-04

SVO turut menala semula sistem pacuan semua roda (AWD), Active Rear Locking Differential, suspensi serta transmisi untuk pengalaman pemanduan yang lebih menyeluruh. Proses ini dikatakan mengambil masa kira-kira 63,900 jam untuk disiapkan.

Velar SVAutobiography Dynamic Edition kini dijual di pasaran United Kingdom dengan harga bermula dari £86,120 (RM454,774). 

range-rover-velar-svautobiography-dynamic-edition-gohedgostan-03

Previous post

Geely Menggaji Pereka Veteran JAGUAR

Next post

SUV Proton Seterusnya - Arah Rekabentuk Geely Bin Yue

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *