Toyota 86 Tampil Lebih Bergaya Dengan Warna Hijau British
Sedar tak sedar, sudah tujuh tahun Toyota 86 berada dalam pasaran. Syarikat itu telah mengesahkan bahawa model generasi baru akan dihasilkan namun ia dijangka hanya akan tiba dalam tempoh dua tahun lagi.
Sementara menunggu kemunculan model baru itu (dan bagi memastikan model sedia ada sentiasa segar), Toyota telah memperkenalkan 86 edisi istimewa yang dikenali sebagai British Green Limited.
Tidak dipastikan jika ia akan ditawarkan dalam jumlah yang terhad, namun kemunculannya di laman web Toyota Jepun memberi tanda bahawa ia mungkin akan hanya dijual dalam pasaran negara Matahari Terbit itu.
Seperti namanya, 86 ini didatangkan dalam warna hijau British yang sebenarnya lebih kerap dilihat pada model-model dari negara Barat. Bahagian dalaman pula menampilkan upholsteri Alcantara dua tona (coklat dan hitam) dengan jahitan berwarna jingga pada stereng dan tombol gear.
Walaupun tidak mendapat sebarang peningkatan kuasa, model ini didatangkan dengan rim tempaan aluminium serta sistem brek Brembo dengan angkup empat omboh di depan dan angkup dua omboh di belakang.
No Comment