Gaya Hidup / Lifestyle

Toyota Gazoo Racing Festival Kembali ke Pulau Pinang Hujung Minggu Ini

Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang bakal menjadi tumpuan sekali lagi pada hujung minggu ini (23-24 Februari) sempena berlangsungnya Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival dan perlumbaan Toyota Vios Challenge pusingan 3.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Festival dua hari itu akan turut menghidangkan pelbagai aktiviti sampingan, dari pameran model-model kenderaan baru Toyota, penampilan khas selebriti-selebriti terkemuka, perhimpunan kelab-kelab kereta Toyota sehinggalah permainan menyeronokkan untuk seisi keluarga. Tidak lupa juga konsert mini dan festival makanan jalanan.

Toyota Vios Challenge

Seperti biasa, saingan kali ini bakal menyaksikan 40 pemandu bersaing dalam tiga kelas berbeza; Kategori Promotional (Selebriti), Sporting (Amatur) dan Super Sporting (Profesional). Tidak ketinggalan ialah barisan selebriti yang akan turun ke litar, terdiri daripada Diana Danielle, Janna Nick, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Akim Ahmad, Mohd Shukri Yahaya, Shawn Lee, Wany Hasrita, Nabila Razali dan Aiman Tino.

Showroom 1

Selain melihat aksi perlumbaan, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti lain seperti berkunjung ke ruang pameran Toyota di mana Camry dan Vios baharu akan membuat penampilan, serta menyertai sesi cabutan bertuah bagi merebut peluang mendapatkan cenderahati perlumbaan dan hadiah-hadiah menarik lain.

Drift performance

Selain itu, jangan terlepas untuk menyaksikan persembahan daripada dua pemandu drift profesional dari Jepun dengan jentera 86 yang siap diubah suai, ehsan daripada Toyo Tyres.

Meet the celebs

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti sihat, acara ‘Fun Run’ akan diadakan pada pagi Ahad (24 Februari), memberi peluang kepada peserta untuk berlari di dalam litar sepanjang 1.56 km berkenaan. Turut akan berlangsung ialah sesi Zumba yang akan menampilkan beberapa selebriti.

Janna

Sesi bersama peminat serta persembahan selebriti juga akan menjadi penutup kepada acara dua hari berkenaan.

??????????????????

 

Previous post

Hypercar Hibrid Lamborghini Bakal Diperkenalkan di Frankfurt

Next post

Langkah Seterusnya Apabila Sudah Dapat Proton X70 Anda! Mod!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *