Berita Auto

Toyota Supra Performance Line Concept TRD Lebih Garang

Kira-kira sebulan yang lalu, Toyota melancarkan Supra generasi A90 (secara rasminya dikenali sebagai GR Supra) di acara Detroit Motor Show 2019. Kini, tiba giliran untuk Toyota Racing Development memperkenalkan pula Supra Performance Line Concept TRD di laman web rasmi mereka.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Walaupun dikira sebagai sebuah konsep, model ini memberi bayangan jelas mengenai naik taraf yang akan ditawarkan oleh TRD pada masa hadapan. Cuma, ia tidak mempunyai sebarang peningkatan kuasa.

toyota-supra-performance-line-concept-trd-gohedgostan-05

Enjin 3.0-liter enam silinder sebaris yang menjana 340 PS dan 500 Nm itu dibiarkan standard, begitu juga dengan sistem suspensi dan brek. Sebaliknya, apa yang diketengahkan oleh TRD adalah komponen-komponen gentian karbon yang kuat dan ringan.

toyota-supra-performance-line-concept-trd-gohedgostan-04

Di bahagian hadapan, terdapat spoiler dengan sirip yang besar bagi meningkatkan downforce serta mengurangkan daya angkat (lift). Skirt sisi membantu merendahkan pusat graviti, manakala kemasan pintu bukan sekadar menyuntik elemen hiasan, tetapi direka untuk mengurangkan pergolakan aliran udara.

toyota-supra-performance-line-concept-trd-gohedgostan-03

Bahagian belakang pula menampilkan spat pada bahagian bampar serta spoiler bagi mendapatkan keseimbangan aerodinamik. Melengkapkan imej agresif Supra ini adalah rim aluminium tempaan bersaiz 19 inci dengan rekaan mesh.

toyota-supra-performance-line-concept-trd-gohedgostan-02

Apa yang menarik, bahagian bawah laman web TRD Japan mengatakan “To be Continued” (akan bersambung). Adakah ini petanda bahawa pakej naik taraf mekanikal untuk Supra akan diperkenalkan selepas ini?

 

Previous post

Volvo Lapor Keuntungan Rekod Untuk 2018

Next post

Subaru Legacy Kembali Dengan Enjin Turbo

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *