Toyota Supra dan Yaris Bakal Masuk Malaysia Tahun Ini
UMW Toyota Motor semalam mengesahkan bahawa dua model baharu iaitu Supra dan Yaris akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia tahun ini.
Supra generasi kelima boleh didapati dengan pilihan enjin turbo 2.0-liter empat silinder atau 3.0-liter enam silinder sebaris, dengan transmisi automatik enam kelajuan.
UMW Toyota Motor masih belum mendedahkan varian yang akan ditawarkan, namun besar kemungkinan model itu akan hadir dalam versi enam silinder dengan harga sekitar RM700,000.
Bagi Yaris, model itu akan dijual sebagai model CKD dengan pemasangan dilakukan di kilang Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) baharu di Bukit Raja, Klang.
Sama seperti Vios, Yaris dijangka menampilkan enjin 1.5-liter empat silinder dengan padanan CVT.
No Comment