Berita Auto

Volkswagen T-Roc R – Crossover Berjiwa ‘R’

Crossover berprestasi yang ditunggu-tunggu iaitu Volkswagen T-Roc R telah didedahkan secara rasmi hari ini. Ia akan membuat penampilan sulung di acara Geneva Motor Show 2019 pada bulan Mac ini.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Seperti yang dicadangkan oleh huruf ‘R’ di hujung namanya, model terbaru ini mempunyai prestasi yang mengagumkan dengan 300 PS dan 400 Nm yang dibekalkan oleh enjin TSI 2.0-liter empat silinder.

The new Volkswagen T-Roc R

Dengan transmisi DSG tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Motion, ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.9 saat dengan kelajuan maksimum (dihadkan secara elektronik) 250 km/j. Untuk perbandingan, Golf R spesifikasi Malaysia memerlukan 5.1 saat untuk mencapai kelajuan 100 km/j.

The new Volkswagen T-Roc R

Dari segi kelengkapan elektronik, T-Roc R didatangkan dengan mod Race serta ciri Launch Control yang menawarkan tahap cengkaman yang tinggi semasa memecut dari keadaan pegun. Ciri Electronic Stability Control (ESC) pula boleh dipadam secara manual untuk pemanduan yang lebih mengujakan.

The new Volkswagen T-Roc R

Selain itu, ia juga didatangkan dengan sistem suspensi yang lebih rendah serta cakera brek berukuran 17 inci yang sama seperti yang terdapat pada Golf R Performance.

The new Volkswagen T-Roc R

Penampilan model ini boleh dibezakan menerusi ciri-ciri spesifik R yang merangkumi logo “R” pada jeriji radiator, cermin sisi berwarna krom matte, bampar hadapan dan belakang yang lebih sporty serta muncung ekzos berkembar. Ia dilengkapi dengan rim ‘Spielberg’ 18 inci secara standard.

The new Volkswagen T-Roc R

Bahagian dalaman pula menampilkan kemasan panel keluli tahan karat, stereng sport pelbagai fungsi dengan balutan kulit dan jahitan Crystal Grey, paddle shifter, pedal keluli tahan karat dan headliner hitam.

The new Volkswagen T-Roc R

Menariknya, Volkswagen turut menawarkan pelbagai kelengkapan tambahan bagi mereka yang inginkan penampilan lebih menonjol. Antaranya kelengkapan yang dimaksudkan adalah pakej upholsteri kulit Nappa, kemasan karbon, rim ‘Pretoria’ berukuran 19 inci dengan tayar 235/45 serta sistem ekzos titanium dari Akrapovic.

Previous post

Butiran Kos Penggantian Bateri Hibrid BMW

Next post

10 Kereta Paling Kurang Dipercayai Menurut Consumer Reports

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *