Berita Auto

Volkswagen Touareg V8 TDI Diperkenalkan

Jika anda tertanya-tanya model Volkswagen manakah yang paling berkuasa, ini jawapannya: Touareg V8 TDI. Bakal diperkenalkan di Geneva Motor Show 2019, SUV ini mempunyai 421 PS dan 900 Nm yang dibekalkan oleh enjin diesel 4.0-liter V8.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Volkswagen tidak mendedahkan transmisi dan pacuan model ini, namun ia dikatakan mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j 4.9 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 250 km/j. Walaupun begitu berkuasa, ia masih mematuhi piawaian emisi 6d-TEMP Eropah.

Pelanggan yang membeli model ini boleh memilih antara pakej Elegance atau Atmosphere. Elegance mengenengahkan elemen besi dan tona warna sejuk pada bahagian dalaman, manakala Atmosphere pula menampilkan suasana lebih ‘hangat’ dengan elemen kayu dan tona semula jadi.

?????????????????????????????????

Selain itu, turut disertakan adalah upholsteri kulit Vienna pada tempat duduk dan pintu, kokpit digital serta kemasan aluminium dan krom.

Berbanding varian V6, Touareg V8 TDI dilengkapi dengan sistem suspensi udara, tailgate elektrik, sistem penggera anti-kecurian, pedal keluli tahan karat dan pakej Light & Sight lampu utama automatik dan cermin auto-dimming. Ia turut mendapat rim Tirano berukuran 19 inci.

Antara kelengkapan lain yang turut disertakan adalah ciri Night Vision, Traffic Jam and Roadwork Lane Assist, Front Cross Assist dan lampu LED Matrix.

 

Previous post

Zontes Lancar 4 Model Baharu Bagi Pasaran Malaysia

Next post

Berapa Kos Tukar Bateri Audi A6 Hybrid?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *