Aston Martin DBS Superleggera Masuk Pasaran Malaysia
Model flagship dalam barisan Aston Martin iaitu DBS Superleggera telah dilancarkan di Malaysia dengan harga bermula dari RM1.205 juta sebelum cukai.
Menggunakan platform dan sistem suspensi yang sama dengan DB11, model ini dikuasakan oleh enjin 5.2-liter twin-turbo V12 yang menghamburkan 715 hp pada 6,500 rpm dan 900 Nm antara 1,800 dan 5,000 rpm.
Kuasa disalurkan ke gandar belakang menerusi transmisi automatik lapan kelajuan yang dipadankan dengan Limited-Slip Differential dan ciri Torque Vectoring. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.4 saat dengan kelajuan maksimum 340 km/j.
Selain itu, enjin dan casis DBS Superleggera boleh ditetapkan menerusi tiga mod dinamik yang disediakan iaitu GT, Sport dan Sport Plus. Sistem suspensi double wishbone dan multi-link dipadankan dengan peredam adaptif.
Antara kelengkapan standard yang disertakan adalah sistem kemasukan tanpa kunci, sistem pemantauan tekanan tayar dan kamera 360 darjah dengan paparan parkir dan bantuan parkir. Sistem infotainment pula merangkumi skrin LCD dengan ciri-ciri seperti Bluetooth, ketersambungan iPod, iPhone serta USB.
No Comment