Selamat Tinggal Audi W12 … Hello e-tron
Audi AG baru sahaja mengumumkan penghasilan enjin W12 untuk sedan super mewah A8. Ya, ini adalah berita gembira untuk pencinta alam dan pembenci mobil dan berita buruk untuk kakimoto.
Audi AG sedang dengan secara sistematik beralih ke hadapan dengan pengembangan pelbagai jenis hibrid plug-in serta strategi elektrifikasi dan dengan itu mengambil langkah seterusnya ke arah mobiliti lestari seperti semua jenama lain di bawah VW Group.
Audi AG telah memulakan projek ini pada tahun 2018 dengan e-tron. Langkah seterusnya dilakukan dengan pembentangan versi PHEV model A8, A7, A6 dan Q5 pada Geneva International Motor Show 2019 baru-baru ini.
Audi AG kini merancang untuk lebih daripada 20 model elektrik sepenuhnya dan sebahagiannya menjelang 2025.
Audi AG sedang meneliti dan menganalisa kehendak pelanggan dengan teliti dan memperluaskan dan menyesuaikan rangkaian produk mereka dengan sewajarnya.
Ini bererti, tumpuan Audi adalah untuk menambah versi yang dibina di sekitar enjin V6 dan V8 yang sangat popular, sebahagiannya dengan pengurangan kerumitan yang mereka harapkan. Enjin W12, bagaimanapun, adalah enjin untuk segmen khusus.
No Comment