Berita Auto

Ini Dia Definisi Kereta Sport – BMW The 8

Varian yang diperkenalkan, BMW M850i xDrive Coupe. Kuasa tinggi + pacuan semua roda. Ringan.

Enjin V8, lapan silinder, 4.4 liter, dua pengecas turbo ‘twin-scroll’, Injeksi Berketepatan Tinggi (High Precision Injection), injap pemboleh ubah VALVETRONIC dan pemasaan aci sesondol (camshaft) pemboleh ubah ‘Double-VANOS’ yang menjana tahap kelajuan setinggi 250 km/h.

Output maksimum 390kW/530hp. Tork maksimum 750Nm. “Pecutan Abad” 3.7 saat. Guna bahan bakar sebanyak 10.4 liter bagi setiap 100 kilometer.

Digandingkan dengan transmisi 8 kelajuan Steptronic Sports Transmission.

HARGA? Hanya BMW M850i xDrive Coupe – RM 1,088,800.00.

Janagan risau! Ada Program pembiayaan dinamik – ‘Balloon Financing Plan’ daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW M850i xDrive Coupe boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM 12,418.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

BHP banner The 8

Kenyataan Media

12 Mac 2019

BMW Malaysia Memperkenalkan ‘The 8’.

Kereta sport baharu yang mempesonakan tampil dengan prestasi luar biasa, reka bentuk yang emotif, kemewahan serba canggih dan inovasi yang tiada tandingannya.The 8 (6)

Kuala Lumpur, 12 Mac 2019 – BMW Group Malaysia telah mengambil peluang pada hari ini untuk memperkenalkan ‘The 8’, ahli baharu dalam portfolio kenderaan mewah oleh pengeluar kenderaan premium ini. Dibangunkan di atas litar lumba untuk mengecapi tahap kelincahan, kejituan, dan keterampilan yang menakjubkan, ‘The 8’ menggabungkan enjin yang berkuasa tinggi dengan sistem pacuan semua roda yang pintar, BMW xDrive serta ia tampil dengan struktur reka bentuk yang mengguna pakai ‘BMW EfficientLightweight’ – ia bakal menetapkan tanda aras baharu dalam segmen kenderaan coupe mewah.The 8 (7)

“Di BMW Group, kami sentiasa memberikan perhatian terhadap masa hadapan, dan Generasi Pertama BMW 8 Series membuktikan kenyataan tersebut. Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1989, coupe sport mewah ini tampak gah dan tidak dapat ditandingi oleh jentera lain dari segi prestasi, inovasi dan kemewahan. Ia merupakan kenderaan BMW pertama yang memperkenalkan pendikit (throttle) pacuan berwayar elektronik, Pengawal Stabiliti Dinamik (Dynamic Stability Control) dan Pengendalian Aktif Integral (Integral Active Steering) dengan penggunaan teknologi gandar belakang ‘multi-link’. Selepas tiga dekad, kami telah mengambil legasi yang berpaksikan masa hadapan menerusi BMW 8 Series, dan kami membawakan coupe sport mewah ini ke dalam era moden untuk menetapkan standard alaf baharu,” ujar En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia. The 8 (2)

‘The 8’ diperkenalkan menerusi varian BMW M850i xDrive Coupe yang menampilkan prestasi luar biasa, reka bentuk serba emotif, kemewahan alaf baharu, ciri-ciri yang canggih bagi teknologi paparan dan pengawalan, bantuan pemandu serta aspek keterhubungan. The 8 (9)

Reka bentuk eksterior ‘The 8’ mendemonstrasikan kemodenan dengan tarikan yang bercirikan sport, serta penggayaan baharu yang memfokuskan kejelasan, kemodenan dan pesona emotif. Keterampilan kenderaan ini yang serba renek, siluet yang memanjang dengan grafik tingkap yang langsing serta garisan bumbung yang beralun secara elegan ke seksyen belakang dengan kontur ‘double-bubble’ yang tersendiri, jarak roda yang panjang serta kelebaran trek roda yang lebih luas merupakan elemen visual yang mendefinisikan komposisi ‘The 8’. The 8 (3)

Enjin V8 terbaharu dengan daya penyampaian serta akustik kuasanya juga diperkenalkan buat julung kali menerusi BMW M850i xDrive Coupe, ia mempersembahkan daya penyampaian kuasa yang luar biasa dengan tona bunyi yang sama hebatnya, turut diperkayakan dengan sistem ekzos sport berkelepak (flap).The 8 (11)

Penggayaan reka bentuk yang baharu untuk tarikan serba ‘sporty’.

Keterampilan ‘The 8’ menunjukan dinamisme yang tulen serta menjadikan coupe mewah ini kereta sport yang bersinar dengan semangat dan karakter. Ia menampilkan gril ‘kidney’ berbentuk heksagon dengan kesemua elemennya dibingkaikan dengan sempurna. ‘The 8’ didatangkan dengan ‘BMW Laserlight’ yang standard – lampu hadapan yang tajam dan paling langsing berbanding semua model BMW yang pernah dikeluarkan. Harald Hoelzl, Managing Director of BMW Group Malaysia with The 8

Pandangan sisi didominasi oleh penampilan permukaan yang dramatik menggunakan jaluran rapi untuk melakar alunan udara yang meresap keluar melalui corong udara (Air Breathers). Sementara permukaannya pula melengkung ke dalam dari seksyen tayar hadapan, ia kemudiannya dibawa ke seksyen tayar belakang melalui lengkungan ke bahagian luar. Ia digandingkan dengan kabin berkaca yang menonjol untuk memberikan garisan bahu jentera ini sebuah penampilan yang gah. Di bahagian belakang, penggunaan garisan mendatar dan diagonal menonjolkan kelebaran serta pusat graviti kenderaan ini yang rendah. Lampu belakang LED juga memberi penekanan terhadap kesan tersebut dengan mengunjur ke bahagian sisi. Paip ekzos berkembar dengan kontur berbentuk trapezoid diletakkan pada kedua-dua belah seksyen bawah di apron belakang.Fabian Kirchbauer Photography

Model prestasi BMW M boleh dikenal pasti dengan mudah melalui penampilan eksteriornya yang eksklusif dalam warna kelabu (Cerium Grey), spoiler belakang ‘M’ serta ambang pintu beriluminasi yang memaparkan nama model kenderaan ini. Ia juga didatangkan dengan spoiler tambahan di bahagian hadapan yang standard untuk meminimumkan daya angkat (lift) yang berlaku pada gandar hadapan ketika kereta ini dipandu pada tahap kelajuan yang tinggi. The BMW M850i xDrive Coupe (3)

‘The 8’ didatangkan dengan brek M Sport 19” yang berkuasa tinggi dengan angkup ‘M’ yang berwarna biru. Spesifikasi standard bagi BMW M850i xDrive juga merangkumi roda ‘M’ beraloi ringan 20” dengan penggayaan y-spoke 728 M bersama saiz tayar bercampur. Khusus bagi pemilihan warna oren (Sunset Orange) pada permukaan eksterior, pilihan bagi roda dengan penggayaan 728 M dalam warna hitam (Jet Black) juga ditawarkan. Fabian Kirchbauer Photography

Lengkok Hofmeister BMW yang tersendiri juga dikemas kini kepada versi yang lebih rapi. Dibawa daripada kereta konsep yang asal, ‘The 8’ menampilkan ‘double-bubble’ yang menyerupai aliran udara ke seksyen belakang menerusi ruang bumbung pada tahap kelajuan tinggi. Untuk mengurangkan kadar seret (drag) aerodinamik bagi badan ‘The 8’ yang berarus ini, ruang bawah badan kenderaan tersebut ditutup hampir sepenuhnya, serta dilengkapi dengan pengawal flap udara aktif dengan bilah gril ‘kidney’ yang boleh dilaras serta tirai udara (Air Curtains) yang merangkumi corong-corong udara (Air Breathers).

Penggayaan reka bentuk eksterior yang serba minimalis dan moden disinambungkan melalui ruang dalaman, ia mewujudkan sebuah ambien yang mewah dan menenangkan. Semua garisan reka bentuk menghala ke hadapan dan menonjolkan aspek pemanduan yang sporty. Kesemua elemen kawalan disusun dengan sebaiknya. Reka bentuk permukaan yang ringkas membolehkan material-material berkualiti tinggi yang diguna pakai dapat dilihat dengan jelas. Penggunaan kemasan trim, contohnya, dihadkan kepada transisi gaya kereta sport ini di antara konsol pusat dan panel instrumen. Fabian Kirchbauer Photography

Selain daripada tempat duduk serta stereng kulit ‘M’ dengan ciri multifungsi, pakej ‘M Sport’ meliputi material bumbung anthracite ‘BMW Individual’, pedal ‘M’, tempat letak kaki ‘M’ bagi pemandu dan cadar yang istimewa untuk menyuntik elemen sport dalam ruang kabin kenderaan ini.

Tempat duduk sport yang dirumus semula ini disulam dengan kulit Merino sebagai penawaran standard. Kemasan material kulit pada bahu pintu dan panel instrumen juga didatangkan bersama. Oleh kerana posisi tempat duduk bagi kedua-dua tempat duduk belakang direndahkan, ia telah membolekan reka bentuk penyandar kepala dimuatkan sebagai komponen yang integral bagi seksyen sandaran tempat duduk belakang. Penyandar di tempat duduk belakang boleh dibahagikan 50:50 dan dilipat untuk meningkatkan kapasiti kompartmen simpanan yang bersaiz 420 liter. The 8 (10)

Buat julung kali, ventilasi aktif bagi tempat duduk juga disediakan di mana udara sejuk disedut masuk daripada ruang interior lalu dihalakan melalui badan kenderaan ini ke arah kipas yang terletak pada tempat duduk untuk tujuan pengawalan suhu secara efektif bagi kusyen dan penyandar belakang pada tempat duduk yang disediakan. Fabian Kirchbauer Photography

Kuasa luar biasa menjana prestasi dinamik yang mengagumkan.

Pengenalan BMW M850i xDrive Coupe juga menandakan perungkaian enjin V8 yang baharu. Unit generasi terbaharu dengan lapan silinder yang berkapasiti 4.4 liter ini telah dikemas kini dan dioptimumkan secara radikal. Dua pengecas turbo ‘twin-scroll’ dengan cas penyejukan udara terletak di dalam ruang yang berbentuk V di antara silinder enjin, Injeksi Berketepatan Tinggi (High Precision Injection), injap pemboleh ubah VALVETRONIC dan pemasaan aci sesondol (camshaft) pemboleh ubah ‘Double-VANOS’ yang membentuk sebahagian daripada teknologi ‘BMW M Performance TwinPower Turbo’, ia berupaya untuk menjana tahap kelajuan setinggi 250 km/h.

BMW M850i xDrive Coupe dapat mencapai output maksimum sebanyak 390kW/530hp yang dijana menerusi lingkungan 5,500 – 6,000 rpm. Tork maksimum 750Nm dapat dijana menerusi julat rev antara 1,800 sehingga 4,600 rpm untuk tujahan hadapan yang berpanjangan. Ia boleh membuat “pecutan abad” dalam masa 3.7 saat dan menggunakan bahan bakar sebanyak 10.4 liter bagi setiap 100 kilometer. The BMW M850i xDrive Coupe (4)

Enjin V8 tersebut juga digandingkan dengan transmisi generasi terkini dengan 8 kelajuan yang dinamakan, Steptronic Sports Transmission. Ia memiliki sebaran nisbah yang dipertingkatkan, pengurusan transmisi baharu dan kawalan hidraulik yang teroptimum untuk mewujudkan profil penukaran gear yang lebih sporty, serta meningkatkan kadar keefisienan dan kelancarannya. Padel penukar gear pada stereng juga ditawarkan sebagai standard bagi tetapan penukaran gear manual.

Begitu juga dengan sistem pacuan semua roda yang pintar, BMW xDrive beroperasi dengan lebih efisien berbanding sebelum ini. Dengan kelajuan, ketepatan dan distribusi pemboleh ubah bagi tork antara roda hadapan dan belakang, ia memaksimumkan cengkaman dan mengekalkan kestabilan walaupun dalam situasi pemanduan yang mencabar. Pada masa yang sama, tetapan yang berfokuskan seksyen belakang menjamin pengalaman pemanduan yang dijanjikan oleh kereta-kereta sport BMW. Kunci diferensial belakang yang dikawal secara elektronik dilengkapi sebagai penawaran standard bagi BMW M850i xDrive Coupe dan ia memberikan jentera ini lebih banyak kelebihan yang bertaraf sport. Kesan penguncian yang dihasilkan oleh motor elektrik menghadkan kompensasi kelajuan antara kawasan roda di bahagian dalam dan luar ketika membelok, lantas membolehkan kenderaan ini keluar dari lencongan dengan dinamisme yang mempesonakan.

The BMW M850i xDrive Coupe (13)Dipertajamkan di atas litar lumba.

Prinsip penstrukturan dan penalaan casis ‘The 8’ dirumus untuk memanfaatkan potensi dinamik daripada teknologi powertrain, dan menggunakan konsep tersiratnya untuk memaksimumkan keupayaan prestasi sport kenderaan ini secara maksimum. Berat yang dioptimumkan, pusat graviti yang rendah, distribusi muatan gandar yang seimbang serta struktur badan yang kukuh dan ciri-ciri aerodinamik yang mantap melengkapkan sebuah karya yang wujud dalam bentuk sebuah kenderaan. Fabian Kirchbauer Photography

Roda aloi ringan yang standard dilengkapi dengan tayar bersaiz campur, di mana kesan peningkatan cengkamannya menjadi salah satu faktor dalam proses penalaan casis jentera ini. Teknologi suspensi yang dibangunkan bagi ‘The 8’ merangkumi gandar hadapan dengan ‘double-wishbone’ serta panel yang kukuh dimuatkan pada gandar belakang dengan tetapan ‘five-link’ yang mengoptimumkan keteguhan dan sambungan antara komponen casis serta badan kenderaan tersebut. Tetapan kamber yang dimaksimumkan pada kedua-dua gandar pula meningkatkan potensi pemindahan kuasa semasa membelok pada kelajuan tinggi.

Fabian Kirchbauer Photography

Di samping ‘Adaptive M Suspension’, ‘The 8´juga didatangkan dengan Pengendalian Aktif Integral yang mengurangkan lingkaran pembelokan ketika mengolah, meningkatkan kelincahan pada tahap kelajuan yang sederhana dan mengoptimumkan keseimbangan dan kepastian ketika menukar laluan dan ketika membelok pada tahap kelajuan yang tinggi. Fabian Kirchbauer Photography

Inovasi yang unik untuk keselesaan dan keselamatan.

‘The 8´merupakan sebuah model yang sangat canggih dalam segmennya. Ia bukan sahaja dilengkapi dengan keupayaan pengawal luncur (cruise control) aktif dengan fungsi ‘Stop & Go’, ia juga menawarkan kefungsian ‘Driving Assistant Professional’. Sistem bantuan pemandu ini merangkumi Amaran Pengeluaran Laluan (Lane Departure Warning), Amaran Penukaran Laluan (Lane Change Warning), Amaran Perlanggaran dan Pejalan Kaki (Collision and Pedestrian Warning), Amaran Perentasan Trafik (Crossing Traffic Warning) di hadapan dan belakang, Bantuan Hentian Kecemasan (Emergency Stop Assistant), Bantuan Pengemudian Laluan (Lane Keeping Assistant) dengan perlindungan perlanggaran sisi yang aktif dan Bantuan Pengelakan (Evasion Aid) yang bertindak balas terhadap kehadiran pejalan kaki di kawasan sekeliling. Fabian Kirchbauer Photography

‘BMW Live Cockpit Professional’ ditawarkan secara standard dalam ’The 8’. Paparan generasi terkini dan konsep kawalan merangkumi kluster instrumen beresolusi tinggi di belakang stereng dengan diagonal skrin bersaiz 12.3” serta ‘Control Display´ bersaiz 10.25” yang beroperasi menggunakan ‘BMW Operating System 7.0’ yang baharu. Komponen-komponen lain dalam BMW Live Cockpit Professional merangkumi sistem navigasi adaptif, sistem multimedia yang berasaskan pemacu keras (hard drive) dengan kapasiti memori 20GB, dua port USB, Bluetooth dan antara muka (interface) Wi-Fi.

Fabian Kirchbauer Photography

Pemandu boleh menikmati keupayaan keterhubungan kereta ini yang pintar menerusi kad SIM yang dilengkapi pada kenderaan ini serta volum data yang tidak terhad, ia membolehkannya membuat Panggilan Kecemasan Pintar (Intelligent Emergency Call) untuk mendapatkan bantuan secepat yang mungkin ketika berlakunya kecemasan dan menerima kemas kini secara berkala bagi sistem navigasinya. Servis yang lain meliputi ‘Concierge Service’ dan ‘Remote Services’. Fabian Kirchbauer Photography

Juga membuat penampilan sulungnya dalam ‘The 8’, pembantu pemandu yang sempurna – ‘BMW Intelligent Personal Assistant’, sebuah karakter digital yang memberikan maklum balas kepada sapaan “Hey BMW”. BMW Intelligent Personal Assistant mempelajari rutin dan tabiat pemandu, dan dapat mengaplikasikannya dalam konteks yang bertepatan. Di samping keupayaannya untuk memastikan keberadaan pembantu profesional BMW yang tulen bersama pemandu, serta untuk menjelaskan pelbagai jenis kefungsian yang melengkapi kenderaan ini, pembantu peribadi tersebut menantikan setiap arahan pemandu, dan sentiasa bersedia untuk memberikan pertolongan, malah mampu berbual secara kasual. Satu ciri unik yang mengatasi pembantu digital yang ditawarkan oleh pihak lain ialah pemandu boleh memberikannya nama peribadi, sebagai contoh, “Hey Jamie”, untuk memperkenalkan elemen keindividualan serta personaliti. The BMW M850i xDrive Coupe (5)

BMW Intelligent Personal Assistant juga akan mendapat manfaat daripada kemas kini teknikal secara berterusan dan boleh mempelajari tetapan yang terpilih dan digemari oleh pemandu. Berdasarkan tetapan kegemaran pemandu, ia juga boleh mengaktifkan kombinasi tertentu untuk memperkayakan pengalaman pemandu. Sebagai contoh, dengan mengatakan “Hey BMW, I feel tired”, ia akan mengaktifkan program vitaliti yang antara lainnya akan melaraskan mood pencahayaan, muzik dan suhu untuk membantu pemandu berasa lebih terjaga. The BMW M850i xDrive Coupe (2)

Juga buat pertama kali, ‘The 8’ didatangkan dengan kunci digital yang diberi nama ‘BMW Digital Key’. Kunci digital ini mengguna pakai teknologi ‘Near Field Communication’ (NFC) untuk membolehkan kereta sport mewah yang baharu ini dikunci dan dibuka dengan telefon pintar. Telefon pintar pengguna hanya perlu dihalakan dekat dengan pemegang pintu untuk membuka pintu jentera ini. Dalam ruang kokpit, enjin boleh dihidupkan sebaik sahaja telefon pemandu diletakkan di tempat Pengecasan Tanpa Wayar ataupun di ruang penyimpanan telefon pintar. Dengan aplikasi ‘BMW Connected App’, kunci digital tersebut boleh dikongsikan oleh pemandu dengan lima orang yang lain pada masa yang sama.The 8 (1)

Dari segi penawaran warna eksterior, ‘The 8’ menawarkan seleksi warna yang terdiri daripada warna metalik ‘Carbon Black’, ‘Black Sapphire’, ‘Sonic Speed Blue’, ‘Barcelona Blue’, ‘Sunset Orange’ dan warna ‘Mineral White’ digandingkan dengan material kulit BMW Individual Merino sebagai kemasan bagi tempat duduk yang berwarna Hitam, Cognac atau Putih (Ivory White). ‘The 8’ akan mula ditawarkan menerusi semua pengedar BMW yang bertauliah di seluruh negara dari hari Jumaat, 15Mac 2019. Ataupun, pelanggan boleh melayari www.bmwbethefirst.com.my untuk membuat pratempahan.The 8 (4)

Program pembiayaan dinamik.

Dengan ‘Balloon Financing Plan’ daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW M850i xDrive Coupe boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM 12,418.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun). The 8 (12)

Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.

Pemilik ‘The 8’ juga boleh menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi::

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian oleh BMW

The 8 (13)

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan penawaran BMW Group Malaysia bagi Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW) ‘The 8’ ialah:The BMW M850i xDrive Coupe (1) 

BMW M850i xDrive Coupe – RM 1,088,800.00 Left- Sashi Ambi, Head of Corporate Communications; Harald Hoelzl, Managing Director of BMW Group Malaysia

 

 

 

Previous post

Toyota Supra Dengan Bodykit Lebar

Next post

SDAC Taja Mesyuarat Agung Kelab Ford Ranger Kuching

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.