Berita Auto

BMW 8 Series Masuk Pasaran Malaysia

Sembilan bulan selepas diperkenalkan di peringkat global, BMW 8 Series baharu kini tiba di Malaysia dalam varian tunggal M850i xDrive Coupe dengan harga bermula dari RM1,088,800.

BHP Banner

Reka bentuk luaran 8 Series tidak jauh berbeza dengan model konsep yang diperkenalkan terlebih dahulu dengan gril ‘kidney’ berbentuk heksagon, lampu Laserlight, , bumbung ‘double bubble’, corong udara Air Breathers dan muncung ekzos berkembar.

BMW-8-Series-Coupe-11

Varian M850i dilengkapi beberapa kelengkapan M seperti spoiler hadapan dan belakang, ambang pintu beriluminasi yang memaparkan nama model, brek M Sport berukuran 19 inci serta rim aloi 20 inci dengan penggayaan 728 M.

BMW-8-Series-Coupe-14

Rekaan dalaman pula menggabungkan konsep minimalis dengan suasana mewah menerusi penggunaan bahan-bahan berkualiti tinggi seperti upholsteri kulit Merino. Selain tempat duduk serta stereng kulit M dengan ciri multifungsi, pakej M Sport merangkumi material bumbung anthracite BMW Individual, pedal M, tempat letak kaki M bagi pemandu.

BMW-8-Series-Coupe-7

Penyandar di tempat duduk belakang boleh dibahagikan 50:50 dan dilipat untuk meningkatkan kapasiti kompartmen simpanan yang bersaiz 420 liter.

BMW-8-Series_Coupe_UK-Version-2019-1280-17

M850i xDrive dikuasakan oleh enjin twin-turbo 4.4-liter V8 yang menghasilkan 530 hp dari 5,500 hingga 6,000 rpm dan 750 Nm dari 1,800 hingga 4,600 rpm. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.7 saat, dengan kelajuan maksimum mencecah 250 km/j.

BMW-8-Series_Coupe-2019-1280-e1

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan dengan sebaran nisbah yang dipertingkatkan, pengurusan transmisi baharu dan kawalan hidraulik untuk penukaran gear yang lancar.

BMW-8-Series_Coupe_UK-Version-2019-1280-3f

Antara kelengkapan lain yang ada pada model ini adalah suspensi adaptif M dan Integral Active Steering yang bertujuan mengurangkan lengkung pusingan, serta kunci digital yang menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC) untuk membolehkan kereta dikunci dan dibuka dengan telefon pintar.

BMW-8-Series_Coupe_UK-Version-2019-1280-2c

Dari segi keselamatan, 8 Series didatangkan dengan Driving Assistant Professional yang merangkumi Lane Departure Warning, Lane Change Warning, Collision and Pedestrian Warning, Crossing Traffic Warning, Emergency Stop Assistant, Lane Keeping Assistant dengan perlindungan perlanggaran sisi aktif dan Evasion Aid yang bertindak balas terhadap kehadiran pejalan kaki di kawasan sekeliling.

BMW-8-Series-Coupe-12

M850i didatangkan dalam warna Carbon Black, Black Sapphire, Sonic Speed Blue, Barcelona Blue, Sunset Orange dan Mineral White, dengan padanan upholsteri kulit Merino berwarna hitam, Cognac atau putih.

 

 

 

Previous post

Menangi Pakej Percutian Dengan Mitsubishi Motors Malaysia

Next post

Menangi Percutian Perancis

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *