Berita Auto

Ferrari F8 Tributo Gantikan 488 GTB

Kira-kira empat tahun lalu, Ferrari 488 GTB diperkenalkan di Geneva Motor Show sebagai pengganti kepada 458. Kini, giliran model itu pula digantikan dengan model terbaru yang dikenali sebagai F8 Tributo.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Dikuasakan oleh enjin twin-turbo 3.9-liter V8 yang dinobat sebagai Enjin Tahunan tiga kali berturut-turut dari 2016 hingga 2018, F8 Tributo mempunyai 720 hp pada 8,000 rpm dan 770 Nm pada 3,250 rpm sekaligus meletakannya sebaris dengan 488 Pista.

ferrari-f8-tributo-gohedgostan-2

Diterjemahkan ke dalam prestasi, jentera Prancing Horse ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 2.9 saat (0.1 saat lebih pantas berbanding 488 GTB), dan dari 0 hingga 200 km/j dalam 7.8 saat (0.5 saat lebih pantas). Teruskan menekan pedal dan supercar ini akan mencecah kelajuan 340 km/j, iaitu 10 km/j lebih laju berbanding model yang digantikannya.

ferrari-f8-tributo-gohedgostan-3

Peningkatan prestasi ini dicapai bukan sahaja menerusi kuasa yang lebih tinggi, tetapi juga melalui pengurangan berat badan di mana F8 Tributo dikatakan 40 kg lebih ringan dengan berat badan keseluruhan 1,330 kg.

ferrari-f8-tributo-gohedgostan-4

Bukan itu sahaja, penggayaan semula turut meningkatkan tahap kecekapan aerodinamik sebanyak 10 peratus berbanding model terdahulu. Kehadiran saluran-S pada bahagian hadapan turut menyumbang kepada peningkatan downforce sebanyak 15 peratus.

ferrari-f8-tributo-gohedgostan-5

Naik taraf lain yang ada pada model ini termasuklah Side Slip Angle Control versi 6.1 serta versi baharu Ferrari Dynamic Enhancer (FDE+) yang boleh diaktifkan menerusi mod Race.

Previous post

Polestar 2 Dari Volvo Nampak Cantik

Next post

Selezione Lamborghini Tawar Supercar Pra-Milik Berkualiti

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *