Geely Bersedia Membeli Smart Dari Mercedes-Benz
Berita baru di terima. Kami difahamkan Geely akan membeli satu lagi jenama kereta lain, kali ini jenama kereta kompak Daimler, Smart. Perniagaan syarikat kereta pintar itu agak menghampakan walaupun terdapat produk bergaya inovatif baru dan kombinasi warna funky.
Smart, yang kerugian dengan jualan hanya 130,000 unit kereta padat tahun lepas manakala angka Mercedes-Benz pula ialah 2.25 juta unit kereta. Daimler dan Geely memang sudah mempunyai hubungan kerja dengan perkhidmatan pengangkutan di China dan beberapa projek lain.
Setakat ini Geely tidak memberi respon terhadap kenyataan ini dan pengumuman rasmi dijangka dibuat di Shanghai Motor Show pada April tahun ini.
Perniagaan kereta Smart berusia 21 tahun. Ya, 21 tahun dan yang mengejutkan ialah mereka tidak pernah melihat keuntungan selama ini.
No Comment