Kereta Kompak Elektrik Honda Untuk 2020
Dipersembahkan buat kali pertama pada September 2017 di Pameran Motor Frankfurt, Honda Urban-EV berdasarkan platform baharu yang khusus untuk kereta elektrik.
Kereta ke hulur hilir bandar ini dilengkapi dengan mod penggerak baharu dengan ciri-ciri penghuni bandar masa depan. Kereta ini 3.90m panjang, lebar 1.75m dan tinggi 1.50m dan kelihatan sangat bergaya dengan pemegang pintu yang boleh ditarik balik dan kamera sebagai cermin sisi luaran.
Papan pemuka digital lebar Prototaip Honda ini menunjukkan bagaimana teknologi dapat menghubungkan orang dengan lebih baik. Sambungan telefon pintar yang lancar, sistem pengendalian suara dan segala maklumat mengenai perjalanan dan gaya pemandu memandu disediakan. Cermin sayap yang rendah digantikan dengan kamera video terkini yang paling canggih, yang memperlihatkan persekitaran sekitar dengan lebih terperinci daripada mana-mana cermin dan hampir menghapuskan bahaya titik buta. Ianya juga menghapuskan seretan. Tidak ada batang gear. Sebaliknya, butang untuk Drive, Reverse dan Park diletakkan dengan mudah tepi lutut pemandu.
Dalaman bercirikan kayu semulajadi dan sentuhan lembut, kain wool semulajadi membawa lebih ketenanggan. Grafik yang bersih, ringkas untuk paparan maklumat pemandu dan sistem infotainment memastikan bahawa teknologi terkini melengkapkan rasa semula jadi. Ruang penyimpanan dan porta mengecas memastikan segala-galanya ada tempatnya masing-masing.
Kuasa adalah kira-kira 100hp dengan jarak memandu 200km. Masa cas semula sehingga dengan 80% dalam hanya 30 minit.
No Comment