Gaya Hidup / Lifestyle

Guna Kereta Terbang Elak Bayar Tol

Mengenai program kereta terbang Malaysia yang diumumkan baru-baru ini yang diramalkan akan berharga RM1 juta untuk dibangunkan akan memberi kesan kepada koleksi tol PLUS dan lain-lain bila rakyat Malaysia terbang nanti. Kerugian yang besar turut akan dirasai dalam perniagaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya, pengeluaran lampu lalulintas, petanda jalan dan barangan jalan raya. Terdapat juga keperluan untuk menetap semula sebahagian besar kakitangan yang bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengawal trafik udara.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Program kereta terbang ini bagaimanapun akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan baru dalam pengeluaran lampu lalu lintas terbang, papan tanda terapung dan kawalan lalu lintas udara.

Pengilang tayar akan melihat pengurangan jualan tayar dan kilang di Malaysia mungkin terpaksa ditutup kerana kereta terbang tidak memerlukan tayar yang banyak.

Jualan drone akan turun drastik apabila rakyat Malaysia sendiri sudah di udara dan tidak perlu mempunyai drone lagi untuk mengambil gambar dari mata langit mereka.

Pembeli round pertama dijangka akan datang dari pemandu yang tinggal di kawasan yang selalu banjir. Pusingan kedua pembeli akan datang dari pemandu yang sentiasa dibuli di jalan raya. Pusingan ketiga pembeli akan datang dari pemandu yang sering terbang ke hulur-hilir negara kerana kerja.

 

Previous post

Honda HR-V Kekal Pendahulu Segmen SUV Kompak

Next post

Apa Sudah Jadi Dengan Syarikat Automotif Briggs?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *