Lotus Supercar Semua Baharu Disahkan
Lotus Cars yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan jenama Geely baru sahaja mengesahkan kepada akhbar British bahawa pengeluar British ini mengambil langkah pertama untuk mengumumkan kedatangan model ke-4, di samping Elise, Evora dan Exige.
Model baharu ke-4 ini akan terus menggunakan platform pengilang semasa. Reka bentuk dan powertrain model Lotus ke-4 ini masih rahsia. Bagaimanapun, bos Lotus UK ada bercakap mengenai kereta dinamik dan supercar pakai hari-hari yang lebih praktikal dengan seni bina baru dan versi elektrik yang mungkin akan datang dengan bantuan dari Williams dan pencabar kepada pasaran kereta sukan Jerman.
No Comment