Berita Auto

Mercedes-Benz E 350 AMG Line Ketuai Barisan E-Class Baharu

Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan barisan E-Class baharu yang kini terdiri daripada tiga varian iaitu E 350 AMG Line, E 300 Exclusive Line dan E 200 Sportstyle Avantgarde.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

E 350 AMG Line (RM399,888)

Mercedes-Benz E 350 AMG Line (43)

Seperti yang dicadangkan oleh namanya, E 350 AMG Line didatangkan dengan kit badan AMG yang agresif serta rim aloi AMG berukuran 19 inci. Ia juga mendapat Night Package, lampu Multibeam LED dengan Adaptive Highbeam Assist Plus.

Mercedes-Benz E 350 AMG Line (34)

Penampilan agresif dipadankan dengan enjin twin-turbo 2.0-liter empat silinder baharu yang menghasilkan 299 hp dan 400 Nm. Starter generator membekalkan kuasa kilas tambahan sebanyak 150 Nm, membolehkan sedan ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.9 saat.

Mercedes-Benz E 350 AMG Line (30)

Antara ciri baharu yang ada adalah Driving Assistance Package yang merangkumi beberapa teknologi keselamatan yang direka untuk membantu mengelakkan pelanggaran. Model ini juga dilengkapi dengan suspensi Dynamic Body Control dengan peredam adaptif.

E 300 Exclusive Line (RM379,888)

Mercedes-Benz E 300 Exclusive (1)

Diposisikan antara E 350 AMG Line dan E 200 Sportstyle Avantgarde, varian ini tampil dengan perwatakan elegan dengan jeriji radiator klasik Mercedes dan lambang bintang ikonik pada bonet.

????????????????????????

Ia dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder dengan 258 hp dan 370 Nm. Dari segi prestasi, E 300 memerlukan 6.2 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j, iaitu 1.3 saat lebih laju berbanding E 200.

Mercedes-Benz E 300 Exclusive (2)

Varian ini turut dilengkapi dengan pakej Lane Tracking yang merangkumi Blind Spot Assist dan Lane Keeping Assist yang bertujuan mengelak pemandu dari terbabas ke lorong bertentangan.

E 200 SPORTSTYLE Avantgarde (RM329,888)

????????????????????????

Varian ‘entry-level’ dalam barisan E-Class ini menampilkan pakej luaran Avantgarde dengan kemasan krom tambahan dan rim aloi lima batang berukuran 18 inci.

????????????????????????

Sementara itu, pakej Sportstyle pula menambah kemasan krom pada bahagian bawah bampar hadapan, lencana khas pada bahagian hadapan, elemen krom pada bampar belakang serta kemasan muncung ekzos.

????????????????????????

E 200 menampilkan turut dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder, namun dengan tahap kuasa yang berbeza iaitu 197 hp dan 320 Nm. Ia kini didatangkan dengan Blind Spot Assist sebagai sebahagian daripada pakej keselamatan dan bantuan pemandu.

 

Previous post

ARRC: Hilmi Tenang Mulakan Aksi SuperSports 600cc

Next post

Edisi Volkswagen Passat Variant 4MOTION R-Line

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *