Mercedes-Benz GLE 450 Buat Kemunculan Sulung di Malaysia
Selain melancarkan GLC 300 Coupe AMG Line versi CKD, Mercedes-Benz Malaysia turut sempat mempertontonkan satu lagi model SUV yang akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu GLE 450.
Dibina berasaskan platform Modular High Architecture baharu, model ini bakal ditawarkan dalam versi tujuh tempat duduk dan lima tempat duduk, dengan harga anggaran bermula dari RM633,888.
Unit yang diperkenalkan ini didatangkan dengan pakej AMG Line yang merangkumi kit badan dan rekaan bampar lebih agresif, serta rim aloi bersaiz 22 inci. Bahagian dalaman menampilkan rekaan lebih segar berserta sistem infotainmen MBUX yang boleh diakses melalui dua skrin yang masing-masing berukuran 12.3 inci.
Dari segi kuasa, GLE 450 menampilkan enjin 3.0-liter enam silinder sebaris yang menghasilkan 367 hp dan 500 Nm. Seperti CLS 450, ia turut dipadankan dengan sistem mild-hybrid 48V dan Integrated Starter Generator (ISG).
Kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik 9G-Tronic dan sistem pacuan semua roda 4Matic. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem suspensi Airmatic dan E-Active Body Control.
No Comment