Mercedes-Benz Malaysia Umum Harga Bateri S400h dan E300 BlueTEC Hybrid
Mercedes-Benz Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai harga bateri lithium-ion bagi Mercedes-Benz S400h dan E300 BlueTEC Hybrid. Ini berikutan tular gambar bil penggantian bateri hibrid model itu di sosial media baru-baru ini.
Menurut syarikat itu, harga runcit yang disyorkan bagi bateri hibrid S400h adalah RM65,000 manakala bagi E300 BlueTEC Hybrid pula adalah RM50,000.
Bukan itu sahaja, Mercedes-Benz Malaysia turut memperkenalkan program waranti lanjutan bateri hibrid di mana jaminan bagi komponen itu boleh dilanjutkan selama empat tahun dengan hanya RM2,688.
Program itu juga akan menanggung sepenuhnya kos pembaikan atau penukaran bateri untuk lapan tahun atau 180,000 km, mana-mana tiba dahulu.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan Mercedes-Benz Malaysia di talian 1-800-88-1133 (waktu operasi Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 8 malam) atau emel ke customercare_my@daimler.com.
No Comment