Macam Mana Minyak Pelincir Shell Di Tesco Begitu Murah Sekali?
Anda mungkin pernah nampak sendiri, tetapi mengapa Shell Helix Ultra 5W-40 sintetik sepenuhnya ini dijual dengan harga hanya RM99.00 untuk sebotol 4L ini berbanding harga runcit di kedai alat-ganti dan stesen minyak Shell adalah kira-kira RM260.00. Perbezaan harga RM161.00 ini amat aneh dan terasa macam ada yang tak kena. Atau tidak!
Adakah rakyat Malaysia membayar berlebihan untuk pelincir?
Memilih minyak enjin yang betul untuk kereta anda adalah tugas yang agak menakutkan dengan banyaknya pilihan dan selalunya cadangan mekanik anda terasa seolah-olah yang terbaik, tetapi anda harus ingat … mekanik anda akan sering mencadangkan minyak pelincir di mana dia mendapat margin keuntungan yang terbaik.
Adalah jelas bahawa ini adalah pelincir yang diimport (botolnya ada cop ‘Made In Italy’) dan ada tertulis kesemua kelulusan standard global, jadi bagaimana ianya jauh lebih murah.
Well, penyelidikan kami dengan industri ini mendedahkan bahawasanya … Tesco sebagai rantaian pasar raya besar membeli pelincir ini secara pukal (bulk) dan menghantarnya ke Malaysia dan kerana itu mereka mampu menjual pada margin yang sangat rendah.
Tambahan pula, produk Itali Shell Helix Ultra 5W-40 ini mempunyai beberapa sifat kimia di dalamnya yang sesuai untuk cuaca Europah dan untuk enjin yang lebih moden seperti enjin suntikan langsung terkini. Ini bermakna, semua kereta terpakai Eropah akan bermasalah menggunakan produk ini.
Shell Helix Ultra 5W-40 yang dihasilkan di Malaysia pada harga RM260.00 difomulasikan untuk kereta yang dijual di sini dan kelembapan kita. Pakar mencadangkan, jika kita menggunakan kenderaan yang lebih tua maka ianya tidak sesuai dengan minyak RM99.00 Tesco Shell ini. Kereta yang moden, seperti yang dari tahun 2013 dan seterusnya juga lebih baik menggunakan pelincir RM260.00.
Sambil ada segunung maklumat untuk dipelajari tentang pelbagai pilihan minyak pelincir yang ada dan anda sentiasa boleh meminta nasihat mekanik yang anda percayai (kami juga berada dalam kegelapan tentang yang mana yang paling sesuai jadi ianya adalah terbaik jika kita ikut kata pilihan mekanik kita), langkah pertama adalah langkah yang paling jelas: Lihatlah dalam manual kereta anda dan ia akan memberikan cadangan dari kilang kereta untuk pelincir kereta anda.
No Comment